Sunday 10 August 2014

Pejabat MB menafikan 'Hubungan Intim' Khalid Dengan Umno...

Isnin, 11 Ogos 2014

kerana tak bersetuju hati, janganlah pula kerana dek tulisan fitnah kamu menjadikan kamu seorang yg fakir semasa di hisab dihadapan ALLAH di akhirat kelak...

Kem Khalid Nafikan Hubungan Intim Khalid Dengan Umno

Kem Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih bekerja keras menangani dakwaan yang dibuat PKR terhadap beliau sehingga membawa pemecatannya oleh PKR semalam.

Pejabat menteri besar menafikan memberi sebuah projek perumahan mampu milik bernilai RM 591 juta kepada sebuah syarikat sebagai, yang pengerusinya dikaitkan dengan Umno, sebagai "membalas budi", lapor media rasmi negeri Selangorkini.


Eksekutif Komunikasi Menteri Besar Selangor Shazni Munir Mohd Ithnin berkata penganugerahan projek di Sungai Sering, Hulu Kelang itu adalah kerana syarikat terbabit memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang pembinaan.

Beliau berkata pemilihan syarikat itu dibuat melalui proses yang panjang dengan membabitkan lebih lima buah syarikat berpengalaman untuk membangunkan rumah mampu milik.

"Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menilai bahawa projek mampu milik ini boleh diuruskan syarikat itu kerana kerja mereka yang lebih berkualiti dan cepat berikutan kepakaran dari syarikat SP Setia dibawa masuk ke syarikat itu,” beliau dipetik sebagai berkata.

Justeru, kata Shazni, kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin bahawa ia secara tiba-tiba dianugerahkan kepada syarikat itu adalah tidak tepat.

Beliau dilapor berkata demikian dalam forum berjudul “Krisis Selangor: Khalid Ibrahim belot Pakatan?” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara semalam.

Shazni juga menafikan dakwaan Saifuddin bahawa sebuah syarikat diberi 'keistimewaan' kerana pemiliknya, membantu menyelesaikan hutang Khalid dengan bank Islam.

Sementara itu Shazni turut menjelaskan Khalid tidak terbabit dalam sebarang urusan pemilihan tender projek pembangunan Canal City di Kuala Langat yang turut dipertikai pimpinan PKR.

Katanya, Khalid tidak tersenarai dalam jawatankuasa penilai yang menentukan pemenang untuk bidaan projek itu.

"Abdul Khalid menghadiri mesyuarat bersama PNSB sewaktu Tropicana Corp diumumkan sebagai pemenang tender, tetapi beliau tiada sebarang kuasa untuk menukar atau menolak keputusan berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata dalam forum yang sama.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena