Tuesday, 12 August 2014

TP PAS Mat Sabu Confirmkan! - PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno...

Rabu, 13 Ogos 2014

PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno Selangor, kata Mat Sabu (….kan dah ku kata, nah TP PAS confirmkan!)..)

AUGUST 13, 2014
Published: 13 August 2014
PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno di Selangor, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno di Selangor, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider.Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno Di Selangor.
Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata, tidak mungkin PAS bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu di Selangor dan pada masa sama menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) di negeri lain.
“PAS akan kekal bersama PR,” katanya, menghentikan cakap-cakap yang menyatakan parti Islam itu akan berganding bahu dengan Umno dalam menangani krisis menteri besar Selangor yang masih berterusan.
Mat Sabu berkata, PR masih memegang majoriti di Selangor untuk kekal menerajui kerajaan negeri.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang baru saja menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas memecat semua exco DAP dan PKR dalam pentadbirannya.
Khalid hanya mengekalkan empat exco PAS selepas persengketaan dengan bekas partinya PKR, yang berusaha untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar.
Mat Sabu berkata, memecat exco adalah hak Khalid.
Katanya, perebutan kuasa dalam politik adalah perkara biasa.
“PAS bersama PR. Tidak akan ada perpecahan. Khalid Adun Bebas.
“Isu di Selangor bukan perkara yang akan menghentikan dunia,” katanya, menambah menjadi perkara biasa jika rakan kongsi mempunyai pendapat yang berbeza.
Mat Sabu berkata, masih banyak butir terperinci yang beliau belum tahu kerana berada di Pulau Pinang sejak semalam.
Beliau menghadiri perbicaraan kes hasutan berhubung kontroversi Bukit Kepong di Mahkamah Sesyen Butterwort pagi ini.
“Seperti anda, saya juga mengetahui perkembangan isu itu daripada laporan berita,” katanya.
Mat Sabu berkata, Lajnah Politik PAS akan mengadakan mesyuarat malam esok dan satu lagi pada 17 Ogos.
Ketika ditanya apa agenda perbincangan, Mat Sabu berkata pelbagai isu akan dibincangkan.
“MH17, Palestine dan beberapa isu lain,” katanya. – 13 Ogos, 2014
Dr Dzulkefly Ahmad

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena