Sunday 10 August 2014

[Video Gempar PKR] Khalid penderhaka? Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat DS Anwar - TSKI

Isnin, 11 Ogos 2014

Video Gempar Ceramah Pimpinan PKR Tersebar...

SHAH ALAM: Pemimpin-pemimpin PKR malam ini memulakan siri ceramah membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah parti itu memecat beliau kerana didapati tidak lagi berwibawa untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

"Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar, bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian. Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah.

"Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil,” kata Zuraida.

"Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri,” tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

“Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak," katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Addin:
Jikalau tak suka pun janganlah kata macam-macam.. kena kenang jugak jasa Khalid Ibrahim kepada negara, negeri Selangor dan juga kepada PKR...

PETALING JAYA: Walaupun berdepan krisis dengan bos partinya yang membawa kepada pemecatan beliau dari PKR, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim meluangkan masa membuat ucapan hari lahir yang ke-64 tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ucapan dibuat di laman Facebook pada hari Ahad, Khalid menulis: "Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Dato ' Seri Anwar Ibrahim. Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi & perjuangan rakyat". 


Mesej Khalid menerima pujian di Facebook. "MB terbaik. Walaupun beliau dipecat oleh Anwar tetapi masih mengucapkan perkataan yang baik dan doa," kata  ShiDiq Lim. 

"Tan Sri, saya menitiskan air mata untuk anda apabila membaca ucapan hari jadi ini. Jangan bimbang Tan Sri, doa saya adalah bahawa anda akan kekal di Selangor MB 'post' ," kata Rajesh Manikam. 

Pada Sabtu, Khalid dipecat dari PKR kerana menentang perintah untuk melepaskan kerusinya kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sumber

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena