PRK N01 PENGKALAN KUBUR ... MARKAS BESAR PAS SUDAH PUN DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN PRESIDEN PAS TUAN HJ MOHAMAD SABU.
Malam tadi Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu telah merasmikan Markas Besar PAS PRK N01 Pengkalan Kubur bagi membantu gerak kerja menawan DUN Pengkalan Kubur dari UMNO/BN.
Lagi sekali Timbalan Presiden PAS memberitahu bahawa PAS tidak kisah siapa yang bertanding dan dari parti mana asalkan Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubur janji PR akan bersatu hati dan jiwa, bertungkus lumus bersungguh-sungguh dengan penuh jiwa raga menumpaskan UMNO/BN agar DUN Pengakalan Kubur diwakili sebuah gagasan Harapan Rakyat.
Setakat berita ini ditulis, Omak Kau tidak lagi mendapat khabar berita yang PKR sudah memulakan gerak kerjanya atau membuka bilik gerakan umum sebagai parti pilihan utama untuk mewakili Pakatan Rakyat berdasarkan kepada semangat setiakawan PR yang meletakkan calon dari parti yang pernah bertanding pada PRU 13 lalu.
PRK Pengkalan Kubur amat mustahak dalam melonjakkan moral dan sokongan rakyat terhadap PKR terutamanya selepas suatu pemilihan parti yang cukup sengit dan memberi masalah sehingga kena akui juga mencalar parah integriti dan kesepakatan sesama anggota parti.
AMK kena bertindak dan bersikap mengurangkan gantung harap kepada Unit Amal PAS .. buktikan kepada dunia yang AMK mampu menjalankan tugas dan amanah berat ini dengan sedikit sahaja bantuan dari Unit Amal PAS.
Tunjukkan kepada rakyat betapa tanpa bantuan cergas dan ikhlas dari Unit Amal PAS tenaga kerja parti KeADILan seakan lumpuh dan tidak bermaya, lemau dan longlai lesu adalah perkara silam dan lalu.
Kata-kata kencang semasa Kongres KeADILan 2014 yang baru berlalu itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja sehingga boleh mengoncang dan seterusnya menumbangkan UMNO/BN.
Rakyat sedang memerhati dan meneliti.

Posted by OMAK KAU!
0 comments:
Post a Comment