Tuesday 11 November 2014

Tenok 200 kati kena "run" dengan EX5..'ni salah plat motor jugak?' Ketua Pengarah JPJ ada 6 saman tertunggak

Selasa, 11 November 2014

Ketua Pengarah JPJ ada 6 saman tertunggak

AWAS!! NO PLAT KENDERAAN ANDA BOLEH MENYEBABKAN KEMALANGAN MAUT...
Nombor plat pendaftaran kenderaan punca kemalangan maut? Macam mana tu?

Kenyataan kontroversi KP JPJ apabila beliau menyatakan di dalam sidang akhbar bahawa sebanyak 6,915 kematian pada tahun lalu sahaja disebabkan kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan.

Benarkah JPJ 11 yang dikatakan milik Ketua Pengarah JPJ sendiri, mempunyai 6 saman tertunggak berjumlah RM1350.?

Nasib kamu la rakyat Malaysia.?

Rasanya pembaca masih ingat lagi bagaimana kerajaan Umno/BN membuat undang-undang bodoh yang masih lagi diguna pakai di jalanraya, iaitu motosikal pasang lampu disiang hari diatas jalan raya.. 
Aku tak tau dimana berjayanya nyawa penunggang motosikal dapat diselamatkan dari kemalangan di jalanraya dengan memasang lampu motosikal... 

Kini dua tiga ni sibuk pula dengan penguatkuasaan No Plet kenderaan, penggunaan tinted hitam di cermin dan lampu pula yang dikuatkuasakan.. Lu orang layan la apa yang Ketua Pengarah JPJ cakap..

Rakyat bawahan nyawa mereka tak bernilai, kesihatan mereka tak perlu dijaga seperti pemimpin atasan,,dalam suasana iklim di Malaysia yang mempunyai suhu kepanasan yang cukup tinggi, rakyat dihalang untuk berlindung dari kepanasan dalam kenderaan, apakah ini adil?...,

Lihat pula kisah bagaimana dengan nombor plet kenderaan ..

Kereta ni baru keluar dari showroom Perodua,,, baru beli belum koyak plastik lagi.. dah kena saman...
kepada agensi kerajaan dimaklumkan penguatkuasaan ini,, tetapi kepada rakyat,, adakah diwarwarkan di kaca-kaca TV untuk tindakan rakyat...


Nasib rakyat dapat pemerintah yang nak mencekik dan menghisap hasil titik peluh rakyat..


Tenok 200 kati kena "run" dengan EX5 sampai lebam kendian ada geng lapah dagingnya


Bangkai tapir dilapah
JERANTUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melapah tapir mati di Kampung Ulu Cheka, dekat sini.

Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff berkata, Perhilitan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pihak terbabit yang telah melapah tapir berkenaan yang dipercayai mati dilanggar sebuah motosikal EX5 kira-kira jam 3 pagi .

Menurutnya, tapir haiwan hampir pupus yang dilindungi dan masyarakat bertanggungjawab melindunginya untuk tatapan generasi masa depan.

"Kami kini menjejaki mereka dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716.

“Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang menemui haiwan dilindungi sepenuhnya dilarang mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian tanpa permit sebaliknya perlu menghubungi Perhilitan berdekatan untuk tindakan lanjut.

“Saya menggesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai perkara ini menghubungi pejabat Perhilitan berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kerjasama orang ramai sangat diperlukan dalam usaha memastikan binatang yang dilindungi terus hidup dalam habitat asalnya,” katanya. 
SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena