Monday 15 December 2014

PIL KUDA - Mahkamah Tolak Saman 2 juta terhadap Presiden PAS dengan kos RM10,000

Isnin, 15 Disember 2014

ASMUNI AWI

PIL KUDA ... MAHKAMAH TINGGI KUALA TERENGGANU TOLAK SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS DENGAN KOS.
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/pil-kuda-mahkamah-tinggi-kuala.html


Terkini dari Kuala Terengganu..

Pertuduhan ditolak dgn kos.. Kos perbelanjaan sepanjang perbicaraan akan ditanggung oleh plantif

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak dengan kos saman fitnah yang dikemukakan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Allahu Akhbar!!!

Berita Penuh

Pil kuda :
Saman terhadap Presiden PAS ditolak dengan kos

KUALA TERENGGANU :

Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kos.

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. 

- HARAKAHDAILY 15/12/2014 
PIL KUDA ... MAHKAMAH TINGGI KUALA TERENGGANU TOLAK SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS DENGAN KOS. 
Akhirnya kebenaran dan keadilan terserlah dan terungkai .... sudah pasti berita dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu ini membuat para pembenci TGHA meroyan sakan mengutuk keji sistem kehakiman negara kita tidak adil. 

Dahlah saman kalah kena bayar pula kos RM10,000 kepada TGHA selain kena bayar upah untuk gajikan peguamnya. 

Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kos. 

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu. 

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda. Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, walaupun mahkamah bersetuju penyataan defendan berundur fitnah tetapi plaintif gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut. 

Di seluruh Malaysia, katanya, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif. 

Hakim berkata, defendan iaitu Hadi juga dilindungi qualified privilege (perlindungan bersyarat) kerana berucap selaku presiden parti kepada ahli dan penyokong semasa kempen pilihan raya. 

Dalam penghakimannya, hakim berkata, Hadi memenuhi semua syarat ketika menyampaikan ucapan itu. Beliau memutuskan Hadi tidak bersalah dan mengenakan kos RM10,000 kepada Shamsul. 

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi kerana beliau tidak memfailkan pembelaan diri dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul. Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi.
Posted by OMAK KAU!!!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena