Wednesday 1 April 2015

Hudud: KENAPA dah hampir seminggu UMNO MASIH MEMBISU! Pak Amjal difitnah tolak hudud...

Rabu, 1 April 2015

Ha Ha Ha...

KERAjaan + Umno + Hudud = Sampai kiamat la tak kan buat

Kalau lah si Nazri ini pon dah kata tak kan bincang rang undang-undang hudud di Parlimen, bagaimana pula Najib.. Katanya Najib nak bgtau pendirian UMNO/BN terhadap hudud pd Rabu lps.

KENAPA dah hampir seminggu MASIH MEMBISU !!!


Kenyataan Media DPPNS
Pembatalan Serahan Memo Ke Pejabat DAP Kebangsaan
Saya dimaklumkan mengenai arahan Setiausaha Agung PAS Dato Mustafa Ali agar program serahan memo ke pejabat DAP Kebangsaan yang dijadualkan esok dibatalkan. Atas dasar menghormati kepimpinan maka saya dengan ini mengisytiharkan bahawa program ini dibatalkan.
Jelas hukuman dan undang undang sedia ada tidak mampu menyelesaikan isu jenayah dan keselamatan rakyat. Oleh yang demikian PAS mencadangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah sebagai penyelesaian. Sekiranya DAP tidak bersetuju dengan penyelesaian kepada masalah jenayah yang dibawa oleh PAS maka kami ingin menuntut DAP mencadangkan penyelesaian kepada masalah jenayah yang berlaku.


Pak Amjal difitnah tolak hudud
JASNI ABDULLAH | 31 Mac 2015.
BERIKUTAN penyebaran gambar Jalaluddin Abdul Manaf atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Amjal didalam group whatsapp dan FB yang memegang poster 'Tolak Hudud Demi Pakatan', saya dan PAS Lembah Pantai mengambil tanggungjawab untuk membersihkan tuduhan tidak berasas ini

Untuk makluman, Pak Amjal antara aktivis yang sejak sekian lama berkecimpung di dalam PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya di kawasan Lembah Pantai seawal tahun 80-an lagi. Naik turun dari trak polis dan keluar masuk lokap sudah beberapa kali demi memperjuangkan isu-isu rakyat.

Beliau mengakui turut serta dalam himpunan ‪#‎KitaLawan‬ yang diadakan di kompleks Sogo pada 28 Mac 2015 untuk membantah GST dan beberapa isu rakyat yang lain. Gambar beliau memegang poster himpunan telah diedit kepada 'Tolak Hudud Demi Pakatan'. Hanya tiga poster utama yang digunakan di dalam himpunan #KitaLawan iaitu Undur Najib, Undur Rosmah dan Kita Lawan.

Hasil penelitian, kami dapati antara yang menyebar maklumat palsu ini adalah admin FB Panglima Singa Berantai yang menyebarkannya dari fb pihak lain pada tarikh 29 Mac 2015 pada jam 20:39 malam serta dikongsi kepada lebih 40 rakan FBnya yang lain dengan catatan yang boleh menjatuhkan imej Pak Amjal.

Saya telah menghubungi beliau dan beliau mengakui dan bertegas gambar poster itu adalah fitnah.

Sehubungan dengan itu, saya dan PAS Kaw Lembah Pantai menyeru kepada semua pihak agar menghentikan budaya memfitnah dan menyebar fitnah yang boleh mengeruhkan hubungan antara mana-mana pihak dan merosakkan imej mana-mana individu. Setiap berita yang disebar, selidikilah terlebih dahulu dari pihak yang berkaitan. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena