Thursday, 2 April 2015

"Jangan dok retorik sangat potong tang kona"...Betoi ka, BN akan kalah PRU14?

Rabu, 2 April 2015

Tak payah seronok sangat bila Tun M kata BN akan kalah PRU14, dia nak bagi pembangkang seronok jaa..!!

Tun Mahathir meramalkan BN akan kalah PRU14 kalau Najib masih menjadi PM.


Jangan dok syok sangat la dgn ramalan Tun tu.... tu semua saraf nak bagi hangpa syok lps tu hangpa tinggai semua apa yg hangpa dok pulun berjuang selama ni sbb seronok nak menang...

Lps tu pakat tendang hang aku nak jadi calon sbb BN nak kalah.... Hangpa pun pulun la pasak kaki kat kawasan lobi itu lobi ini tunggu nak jadi calon PRU14 & klu menang boleh jd MP blh jd Menteri.....

Saraf tu cek oi.... Kalau Najib berjaya diundurkan oleh Tun, yang akan ganti Najib pun serupa ja sbb mai dr Umno. Umno ni dulu, kini & selamanya karut.

Daripada dok layan saraf Tun tu... baik fokus tentang apa yg kita dok berjuang selama ni. Berjuang untuk kesejahteraan rakyat keseluruhan. Berjuang untuk kemakmuran Malaysia tanpa BN. Berjuang untuk keadilan semua kaum.

Lebih dari itu kalau kita dari parti Islam yang berjuang atas nama agama, buktikan bahawa kita layak menjadi pengganti BN mentadbir dengan agama dan mengurus negara atas nilai2 & ajaran agama. Bukan dok retorik potong tang kona.

ZULHAZMI SHARIF
Syssss

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena