Wednesday 1 April 2015

Selangor belum sedia laksana hudud, kata exco agama PAS...Mengapa boleh beralasan tidak sesuai pulak?

Rabu, 1 April 2015

Hudud: Mengapa PAS Selangor Boleh Beralasan Tidak Sesuai Di Selangor?



Selangor belum sedia laksana hudud, kata exco agama PASPelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini, kata Exco Selangor dari PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, lapor Selangorkini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu berkata, berbeza dengan Kelantan, pelaksanaan hudud di Selangor memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan.

Katanya, pemahaman dalam perkara berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan supaya ianya difahami sepenuhnya dan tidak disalah ertikan. 

“Di Selangor, saya kira kita masih lagi belum bersedia kerana yang penting untuk melaksanakannya ialah memahami sepenuhnya berhubung perkara ini.

“Pendidikan kepada masyarakat bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam itu sendiri. Mereka perlu faham kenapa kita (PAS) hendak bawa syariat Islam ini,” katanya yang juga Bendahari PAS Selangor sebagaimana dilaporkan lidah rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 pada 19 Mac yang lalu.

Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Langkah Kelantan itu telah menimbulkan konflik dalam Pakatan Rakyat di mana DAP menentangnya manakala PKR tetap dengan pendirian asal, iaitu tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

Bagi DAP, hudud akan menghalang PR untuk ke Putrajaya. Namun Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menjawab, tanpa hudud pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13), ia juga tidak membawa Pakatan ke Putrajaya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad yakin tidak berbangkit soal PR berpecah ekoran isu hudud ini.

"Saya tidak nampak begitu (pecah), ia tidak selari dalam beberapa isu sahaja tetapi kena lihat persamaaan antara parti itu dan banyak benda-benda yang boleh dibincangkan untuk kefahaman," katanya.

Antaranya, hudud ini hendak dilaksanakan kepada orang Islam sahaja tetapi persepsinya seolah-olah orang bukan Islam juga terkesan dengannya.

"Hudud ini pun lebih kepada pengajaran bukan hukuman, kena lihat aspek ini," kata beliau kepada wartawan.

Beliau juga menjelaskan, "Dalam PAS, hudud inilah satu perjuangan parti Islam itu. Saya yakin, semua umat Islam tidak menolak hudud, cuma perlukan agenda untuk memberikan kefahaman mengenainya."

"Jika rakyat tidak sedia, agenda untuk menjelaskan undang-undang perlu dibuat," kata beliau.

ULASAN GB

Polemik hudud menyerlahkan sikap double standard pimpinan dan ulama PAS dimana mereka yang tidak menyokongnya dilabelkan dengan pelbagai cacian malah ada yang sanggup "mengkafirkan"semata-mata kerana wujudnya perbezaan dari sudut pendekatan.

Ia hukum Allah, maka tak wajar mana-mana umat Islam menolaknya, kata para pendokong tegar hudud.

GB membelek semula kenyataan PAS Selangor yang telah menegaskan "pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini, oleh Exco Selangor dari PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi seperti yang dilaporkan oleh Selangorkini, 18 Mac 2015.

Mengapa Presiden dan sekalian para ulama PAS tidak menegur kepimpinan PAS Selangor yang mendakwa "pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor"?

Jika hudud belum sesuuai dijalankan di Selangor bererti ia juga belum sesuai dilaksanakan di mana-mana negeri hatta di Kelantan sekalipun, kerana isunya sama: memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan!

Dan jika itu alasannya, maka bukankah alasan yang sama juga terpakai untuk menolak Private Bill di parlimen jika pindaan enakmen itu diusulkan kerana seluruh Malaysia termasuk Kelantan bermasyarakat majmuk?

Persoalan kini ialah kumpulan pendokong hudud amat keterlaluan "menghukum" mereka yang tidak bersetuju hudud diperkenalkan di Kelantan tetapi apabila di kalangan mereka juga menolaknya di Selangor, mereka membisu dan tidak berkata apa-apa! Alasan apakah untuknya? Kepentingan masyarakat majmuk atau kepentingan menjaga kerusi exco?

Jika hudud itu sesuatu dasar yang tidak boleh dikompromikan oleh PAS, maka sepatutnya PAS Selangor juga mengemukakan pindaan yang sama ke atas Enakmen Kanun Syariah Selangor dan biar ADUN-ADUN Selangor mengundinya samada menyokongnya atau pun tidak. Tetapi ia boleh pula dikecualikan di Selangor dengan pelbagai alasan termasuk "mahu DAP & PKR faham undang-undang Islam sebelum praktis hudud." Boleh pulak "akur dan tunduk" (pinjam istilah golongan pro-ulamak") kepada DAP dan PKR.

Bukankah sikap kumpulan pro-ulamak yang membisu terhadap pendirian PAS Selangor itu merupakan hipokrit darjah tertinggi?


2 comments:

Unknown said...

Taik kau ,lu ingat kelantan sama cam selangor ke puki .

Unknown said...

Taik kau ,lu ingat kelantan sama cam selangor ke puki .

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena