M VS N
MACAI2 UMNO KINI BERBELAH BAGI
Saya tak takut dgn persaingan org cina. Tapi saya takut akan hasad dengki org melayu
Dulu keris tikam musuh, sekarang keris tikam sesame melayu
Mahathir minta Najib berhenti, lebih buruk dari Pak Lah
KUALA LUMPUR 4 APRIL- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara terbuka meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ekoran prestasinya yang disifatkan lebih buruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Saya simpan penuh harapan pada Najib tetapi saya lihat prestasi dia buruk lagi dari Pak Lah.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dahulu saya kata kalau pencapaian dia buruk lagi dari Pak Lah dia patut berhenti…Berhenti dari jadi perdana menteri dan presiden parti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri forum di Cyberjaya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sewaktu ditanya pemberita sama ada beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri selepas memberikan kritikan secara terang-terangan menerusi blognya.
“Saya tidak akan berjumpa dengan Najib, saya dah pun berjumpa beliau dan mereka juga ada menyuruh saya diam dan saya telah pun diam selama empat tahun.
“Kita dah melepasi tahap di mana kita adakan perbincangan secara senyap.. ini langkah terakhir, saya terpaksa buat secara terbuka,” tegas beliau.
“Macam 1MDB kita tanya berkali-kali tak ada jawapan.. ada dengar Najib jawab? Walaupun dalam himpunan ketua-ketua bahagian tak ada dia jawab.
“Ada yang bagi arahan jangan bangkit perkara ini.. itu bukan jawapan,” katanya lagi seperti dilapor portal Astro Awani.
Menurut beliau, ini adalah langkah terbaik bagi memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin… pasal terlalu banyak skandal dan dia (Najib) tak dapat jawab,” kata Dr Mahathir
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65978
0 comments:
Post a Comment