Saturday, 4 July 2015

Ehem! Haron Din sangsi Najib bersalah

Ahad, 5 Julai 2015
Sumber: fb Wan Ahmad Fayhsal

Haron Din Sangsi Najib Bersalah





Tidak masuk akal adalah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan Datuk Dr Haron Din berhubung dakwaan media luarmengenai penyaluran dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media di Putrajaya hari ini Haron berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu.

Sebaliknya, kata Haron, dana itu akan disalurkan ke akaun rahsia.

Bagaimanapun Haron tidak menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan dakwaan berkenaan.

Kata Haron, banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.

Haron juga berharap tuduhan terhadap perdana menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.

Tuntut isytihar harta

Jika tidak, katanya, perkara itu sangat malang terutama kerana ia berkait dengan ekonomi Malaysia yang semakin lemah.

Jika dakwaan itu benar, kata Haron, pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

"Sebab itu saya berharap akan ada penafian dan penyelewengan tidak pernah berlaku.

"Tetapi jika tidak berlaku juga, ia adalah perkara yang sangat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Semalam Wall Street Journalmelaporkan hampir AS$700 juta wang daripada dana 1MDB disaluran ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" menjelang berlakunya pilihan raya umum ke-13.

Ekoran dakwaan itu PAS kemudian menuntut Najib dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor membuat pengisytiharan harta.

Najib kemudian menafikan dakwaan itu dan menegaskan beliau tidak pernah menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Hari ini WSJ pula mempertahankan laporan berkenaan.

- mkini


Tercapai kah Najib impikan bertakhta jd PM selama 22 tahun ???

Klu tak tercapai apa akan jadi nasib Najib, Rosmah & kuncu2 bodeknya itu.. !!!

Sama2 kita nantikannya...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena