Saturday, 4 July 2015

Tidak mustahil Pas, Umno bergabung kembali..."sudah ada cakap-cakap" & PAS tak perlulah malu-malu lagi.

Ahad, 5 Julai 2015

Tidak mustahil Pas, Umno bergabung kembali

Sabbaruddin Chik
Sabbaruddin Chik
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik percaya Pas dan Umno akan bergabung kembali mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika Pas sanggup bekerjasama dengan parti bukan Melayu yang berada dalam BN.

“Untuk melihat penggabungan ini berjaya perlu melihat kesudian Pas untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang ada dalam BN.

“Penggabungan Pas dan Umno adalah idea yang baik melihatkan kepada senario politik kini,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Pas dan Umno perlu menghentikan persengketaan yang telah lama wujud antara kedua-dua parti tersebut.

“Sampai bila nak bergaduh? Ini bukan waktu untuk bergaduh lagi. Kalau boleh bergabung itu adalah yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua parti perlu memikirkan idea penggabungan ini secara serius demi kepentingan Melayu dan Islam.

“Saya percaya sudah ada cakap-cakap dalam kedua-dua parti (mengenai penggabungan ini). Jika tidak, mana mungkin perkara ini akan diperkatakan sekarang,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal menyiarkan kenyataan bekas pemimpin kanan BN yang tidak mahu dinamakan bahawa kedua parti ini akan berganding bahu dalam menghadapi PRU14.
KedahLanie

Kerjasama Umno-PAS dalam PRU depan?

Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung sekian lama dan dianggap mustahil dapat diselesaikan.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya mungkin boleh berlaku selepas ketiadaan Nik Aziz, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi menggiatkan agenda hudud dan bersedia bekerjasama dengan Umno bagi mencapai matlamat keagamaan itu.

Tambahan pula, Hadi sering digambarkan sebagai penggerak utama agenda kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama Umno Kelantan juga menyokong PAS untuk melaksanakan hudud.

Oleh itu, seorang bekas pemimpin kanan BN percaya bahawa Umno dan PAS akan berganding bahu demi kepentingan bersama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tidak kira apa yang pengkritik atau penganalisis akan kata, tetapi percayalah, ini adalah idea yang boleh dilaksanakan dari segi politik – bekerjasama demi pilihan raya," kata pemimpin yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, bekas menteri itu berkata, jika seseorang meramalkan bahawa DAP dan PAS akan bersama, orang tersebut akan dituduh tidak waras.

Katanya, PAS merupakan saingan terbesar Umno dan jika kedua-dua parti itu boleh berdamai, peluang kedua-dua pihak akan lebih besar dalam pilihan raya.

Ini, katanya lagi, memandangkan iklim politik semasa menyaksikan kedua-dua parti itu kini menghadapi masalah dalaman. 
-mk
ULASAN GB

UMNO dah bersuara. PAS tak perlu lah malu-malu untuk menyambutnya.

Haji Hadi pun dah mengesahkan bahawa UMNO tidaklah seburuk Firaun walaupun dahulu Haji Hadilah juga yang mengkafirkan UMNO.

Sebelumnya Haji Hadi menyatakan bahawa ada pihak yang cemburu akan hubungan Pas dan Umno. Konon ada yang cemburu Haji Hadi dah keluar TV, dah dapat liputan media massa arus perdana seperti Utusan & BH. 

Jelas beliau, hubungan yang terjalin adalah berlandaskan syariat bagi tujuan merealisasikan hukum hudud, walaupun Haji Hadi dan PAS telah ditipu UMNO berkali-kali. 

Oleh kini jangan ditolak lagi jika percaya sangat kat UMNO nak laksana hudud. Gabunglah... kami dah tak marah, sedikit pun kami tak cemburu kerana kami sudah nekad untuk bersama dengan parti baharu untuk membentuk Pakatan 2.0!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena