Thursday, 9 July 2015

ETS Dari KL Ke Padang Besar Mula Beroperasi Esok, Tambang RM81...SPAD pulak 'kecoh'!

Khamis, 9 Julai 2015

ETS Dari KL Ke Kuala Kangsar Mula Beroperasi Esok


KUALA KANGSAR: Bermula esok perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan mula beroperasi.

Buat masa ini perjalanan hanya terhad kepada dua kali sehari iaitu dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan satu lagi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur, demikian menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Perkhidmatan ini dimulakan esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita menjangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa," katanya pada sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar, di sini hari ini. 
Perkhidmatan itu akan berhenti di semua stesen utama termasuk Ipoh dan Butterworth.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa anggaran empat jam 45 minit. 
Tren yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan. 

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/07/ets-dari-kl-ke-kuala-kangsar-mula.html#ixzz3fPX0XcLm



SPAD Kata ETS Masih Belum Boleh Beroperasi

Sebelum ini terdapat percanggahan antara kenyataan KTMB dan SPAD.  KTMB sebelumnya telah mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi menyambut Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah disanggah oleh SPAD.

"Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi", kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.
    
Beliau berkata ETS hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan SPAD.
    

"Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di ibu negara.
    
Beliau berkata SPAD hanya akan memberi kelulusan untuk KTMB menjalankan operasi selepas menentukan bahawa keselamatan awam adalah terjamin ketika menggunakan perkhidmatan awam itu.

  
-Bernama  

2 comments:

Master Jaguh said...

siap dah lama, napa tak check awai awai lg ??

Lagi Gambar .... Jom Terjah !!! >>>CLICK HERE !!<<<

Master Jaguh said...

siap dah lama, napa tak check awai awai lg ??

Lagi Gambar .... Jom Terjah !!! >>>CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena