Tuesday, 7 July 2015

Kenapa Ustaz hadir dalam program yang dianjurkan PM? "Kita dilarang berkawan pemimpin zalim"! Dia tak jawab...

Selasa, 7 Julai 2015

Korang nampak apa yg aku nampak tak.

Kepala najib dan abduh.

Di tadkdirkan aku seorang pro - ulama ...

Oleh Hamzah Abdullah

Telah ditakdirkan aku seorang pro-ulama..seorang yg kasih kan ulama.

Antara ulama kontemporari yg paling awal ku dekati ialah Ustaz Hj Abd Ghani Shamsuddin. Allah takdirkan beliau di tukarkan dari ITM Shah Alam (tahun 1980 masih dikenali sebagai ITM) ke kampus YS-ITM Sembulan, KK, tempat aku mengaji dlm jurusan DPA.

Antara sebab atau faktor dihantar ke KK kerana di Shah Alam beliau aktif mentarbiyyah dan melahirkan kader2 pelajar yg akhirnya terlibat dlm gerakan mahasiswa. 

Antara anak didik Ustaz Abd Ghani ialah Prof Dr Aziz Bari. Kebetulan Ustaz Abd Ghani juga adalah antara pimpinan kanan ABIM yg ketika itu di pimpin Sdra Anwar Ibrahim

 Seterusnya aku mengenali dgn lebih dekat tokoh2 ulama spt Prof Dr Siddiq Fadhil, Dr Mohd Nur Manuty, Dr. Haron Din, Dato Fadzil Noor, Ust Nakhaie, Ust Wahab Zakaria, Dr Mohd Noor Nawawi dan abg beliau Dr Razali dan akhirnya bertemu dgn Ustaz Hadi Awang dlm program tamrin ABIM di Glasgow pada 1983.

 Hadir sama dlm program tamrin tersebut ialah Ust Abd Ghani sendiri dan Wan Mutalib Embong.
Tahun 2009, berlangsung muktamar tahunan PAS di Shah Alam. Berlaku pertandingan jawatan bagi Timbalan Presiden antara Sdra Mohd Sabu vs seorang bertaraf ulama, Ust Nasharuddin Mat Isa.

Aku dah tekad nak undi Ust Nasha seorang ulama..wlupun banyak sms berlegar menyatakan.. "jgn pilih Ust Nasha, dia ulama mewah, pakai Merc, rumah banglo, etc, etc..pilih Mohd Sabu." Keputusannya..Ust Nasha menang.

Selepas itu aku tengok banyak langkah Ust Nasha yg bercanggah dgn apa yg ku fahami dari usrah2 yg ku hadiri. Ust Nasha pegi Putrajaya jumpa PM..pegi jamuan makan bersama PM.

Aku bertanya Ust Nasha.." yg ku fahami, kita dilarang berkawan pemimpin zalim, apa tah lagi memenuhi jamuan makan..kenapa Ust hadir dlm program yg dianjurkan PM?" Dia tak jawab.

Banyak kali juga aku call beliau utk minta pencerahan atas beberapa langkah sumbang yg di buatnya. Akhirnya confirm beliau telah menjadikan jwtn Tim Presiden sebagai batu loncatan utk memenuhi cita2 peribadi.

Pendek cerita, peringatan ku kpd ahli2 PAS..bersangka baik lah dgn ulama atau pimpinan..tetapi jgn lupa HAK anda utk menyoal tindakan mereka yg merugikan jemaah. Bekerja kerana Allah..bukan nak jaga hati pemimpin yg rosakkan jemaah. Jemaah bukan sebuah syarikat Sdn Bhd..
Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena