Selasa, 18 Ogos 2015
Mahu bersama PKR atau tidak, PAS hantar mesej keliru
PAS gagal memberi isyarat jelas kepada penyokongnya samada mahu terus bekerjasama dengan PKR atau tidak selepas berpisah dengan DAP, kata penganalisis.
Ini kerana, dalam isu saman bekas menteri besar Selangor terhadap PKR, jelas PAS terus menyalahkan PKR dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Bagi saya PAS gagal memberikan isyarat yang jelas kepada penyokongnya apakah mereka mahu terus bekerjasama dengan PKR atau bergaduh dengan parti itu," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.
Bagi Hisomudin, jika PAS mahu bekerjasama dengan PKR sebagaimana dinyatakan kepimpinannya sebelum ini, parti Islam itu tidak seharusnya memihak kepada individu yang sudah terpisah daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Khalid.
"Namun PAS mengambil kesempatan daripada krisis undang-undang antara PKR dan Khalid dengan memihak secara jelas kepada bekas MB itu dan secara tidak langsung menyalahkan pimpinan PKR khasnya Anwar sendiri," katanya merujuk kepada Anwar yang kini berada dalam penjara.
Bagi beliau, langkah itu silap kerana jika PAS mahu mengekalkan hubungannya dengan PKR, ia perlu menjaga hati PKR dan pemimpinnya, khasnya Anwar yang meminta kes itu diselesaikan dengan baik.
Dalan penyelesaian kes saman itu, PKR dan bekas setiausaha agungnya Datuk Saifudin Nasuition Ismail bersetuju memohon maaf kepada Khalid.
Manakala Khalid pula selepas itu bersetuju menerima permohonan maaf itu dan juga meminta maaf kepada PKR.
"PAS dilihat flip flop dalam isu ini. Satu pihak PAS mahu bekerjasama dengan PKR khasnya di Selangor. Tetapi dalam masa yang sama ketika PKR berdepan dengan Khalid, PAS memihak kepada beliau padahal ada ruang untuk PAS memenangi hati kedua-dua pihak.
"Ini kerana, kedua-dua pihak meminta maaf dalam penyelesaian di mahkamah mereka tetapi PAS mengambil sikap untuk menyatakan presiden mereka betul dalam isu ini," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor dan menolak cadangan PKR menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dalam akaun Facebooknya ketika mengulas keputusan mahkamah itu menyerang Langkah Kajang yang dimulakan Anwar, selain cuba memancing Khalid agar bersama PAS.
"Langkah Kajang langkah sumbang. Setelah sekian lama bergelut untuk bersihkan diri dari fitnah dan kini terbukti anda tidak bersalah dan mereka pun sudah minta maaf, maka buat anda Tan Sri Khalid, saya jemput datanglah sertai PAS. Jangan berseorangan lama-lama, tidak manis," tulis Nasrudin dalam Facebook.
Ramai pemimpin PAS mengambil pendekatan senada dengan Nasrudin dan menyifatkan keputusan Hadi menyokong Khalid sebelum ini adalah tepat.
Khalid ketika mengulas keputusan penyelesaian dalam mahkamah berkata, Langkah Kajang adalah pencetus keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Langkah Kajang berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit," kata Khalid.
Sebelum ini, dalam pertemuannya dengan PKR, PAS menyampaikan mesej untuk terus bekerjasama walaupun sudah memutuskan hubungannya dengan DAP.
PKR pula dijangka akan membentuk kerjasama dengan DAP dan parti pecahan daripada PAS yang bakal dinamakan Amanah, dan akan diumumkan secara rasmi hujung bulan ini.
Pada masa sama PKR cuba mengekalkan hubungannya dengan PAS. – TMI
ULASAN GB
Memang pelik.
DI Selangor beriya-iya mereka ingin terus menjalinkan hubungan dengan PKR. Malah sanggup datang "menyembah" kepada PKR supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan di mana PAS bertanding. Malah menghasut PKR supaya memutuskan hubungan dengan GHB. Baca Dulu Hinakan Wan Azizah, Sekarang PAS Hasut PKR Supaya Benci GHB
Tiba-tiba kini hentam PKR dan sokong TSKI.
Sedangkan semua orang tahu, bahawa Saifuddin dan PKR boleh saja meneruskan kes saman TSKI terhadapnya. Tetapi oleh kerana mendengar nasihat Anwar dimana Anwar sebagai perantara menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, maka sewajarnya langkah perdamaian itu lebih baik dari meneruskan kes.
Namun kesempatan itu dipergunakan sehabisnya oleh PAS untuk menghentam PKR disampin TSKI sendiri yang sekalipun telah "saling bermaaf", tetapi terus menyalah Langkah Kajang sebagai langkah kecundang yang telah mengaibkannya.
Dimanakah kejujuran TSKI yang telah "saling memaafkan" dan dimana kejujuran PAS untuk menjalinkan hubungannya dengan PKR?
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang tidak jujur itulah yang sebenarnya akan kecundang....
Posted By Green Boc
Tuesday, 18 August 2015
Memang pelik? Pas tiba-tiba kini hentam PKR dan sokong TSKI... 'PAS hantar mesej keliru'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Cendawan/Alga Benih Cendawan Mekah/Mud-mud July 11, 2012 · Khasiat dan Kelebihan Air Cendawa...
-
Rabu, 24 April 2019 KiniTV Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata penyebarkan transkripsi rakaman mahkamah (CRT) di media sosial adalah sa...
-
Ahad, 27 Julai 2014 Khairy memuatnaik gambar beliau di tengah-tengah ribuan peserta lain ketika dalam perjalanan ke kedutaan Israel di L...
-
Sabtu, 25 Mei 2019 Jom Channel 1. APA HUBUNGAN DELOITTE DENGAN JHO LOW? 2. SALAH GUNA KEBEBASAN BERSUARA CETUS KEGANASAN 3. UTAMAKAN A...
-
Khamis, 29 Mei 2014 Terkejut... Saya Benci Harga Barang Naik! 3 hrs Admin pun terkejut! Kenapa BN macam dah despe...
-
Rabu, 26 Februari 2014 HADI MENJADI ISU NASIONAL UMNO/BN berjaya menggelapkan isu rasuah,pembaziran,kos hidup tinggi,PBS ,harga getah ja...
-
Ahad, 16 Julai 2017 Berikut ini adalah beberapa koleksi Tukar Tiub Lagi Hari Hari Akhir yang kami kumpulkan dari berbagai media onl...
-
Jumaat, 25 Julai 2014 Pemain bola sepak Israel dibelasah penyokong Posted by Admin on Jumaat, 25 Julai 2014 Perlawanan persa...
-
Jumaat, 30 Oktober 2015 AZMIN ALI DAH PANDAI MAIN TEPIS-TEPIS Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tindakan kerajaan negeri ...
-
Sabtu, 19 Disember 2015 Otai BERSIH Like This Page · December 16 Dah kesudahan cerita ye para 40 penyam...

0 comments:
Post a Comment