Monday, 5 October 2015

Petisyen 25 Ahli MPP: Mana boleh rampas kuasa Presiden PKR – Tian Chua

Isnin, 5 Oktober 2015
Tian-Chua

Mana boleh rampas kuasa Presiden PKR – Tian Chua

PETALING JAYA : Tian Chua mempersoalkan dakwaan Chegubard bahawa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan melakukan rampasan kuasa Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Naib Presiden PKR itu berkata, tidak ada cara untuk melakukan rampasan kuasa terhadap jawatan yang disandang oleh Presiden parti kerana ia dipilih oleh ahli secara lantikan.
“Awak tanya Chegubard apa mekanisme dia (rampasan kuasa). Saya pun tak tahu. Apa cara boleh rampas? Mana ada cara.
“Semak dahulu Perlembagaan parti yang sangat jelas. Presiden dipilih melalui pemilihan umum oleh ahli parti. Satu orang satu undi. Kalau ikut DAP itu bolehlah. Mereka melantik jawatankuasa kerja yang kemudian melantik Presiden. PKR berbeza,  Presiden PKR dilantik terus oleh ahli,” katanya kepada FMT.
Ditanya adakah PKR akan mengambil tindakan terhadap Chegubard kerana membuat dakwaan itu;
“Saya tak mahu komen mengenai apa-apa perkara mengenai Chegubard,” jawabnya ringkas.
Untuk rekod, Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Prof. Madya. Dr. Shaharuddin Baharuddin menganggap dakwaan Chegubard itu sebagai mengarut.
“Saya tak mahu bercakap mengenai perkara itu. Mengarut sahaja,” katanya.
Semalam, Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Azmin atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Wan Azizah.
Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.
Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.
FMT.

1 comments:

Master Jaguh said...


WOW !!
You Will Not Believe It !!
>>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena