Monday 5 October 2015

Fitnah! DS Nizar saman PJ Pas Perak RM3 juta, PJ Pas pulak saman blog alhusseyn51 RM1 juta...erk!

Selasa, 6 Oktober 2015

Terlupakah Razman Bahawa Dia Memfitnah DS Nizar?


Mahkamah Benarkan Kes Tuntutan Fitnah PJ PAS Perak.
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan tuntutan fitnah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria terhadap pemilik blog alhusseyn51, Mohamed Ali Hussin hari ini. 

Keputusan dibacakan Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali atas fitnah blog tersebut bertajuk "Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer!". 

Razman menerusi peguamnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Perak, Mohd Zamri Ibrahim telah mengemukakan tuntutan sebanyak RM1 juta dari penulis tersebut. 

Menurut mahkamah, taksiran ganti rugi ke atas penulis yang juga telah membuat sebaran terbabit ke media sosial Facebook itu akan dilakukan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh kelak. 

Sementara itu Razman ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata, budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

"Keputusan ini di atas berkat doa dan kerjasama semua pihak untuk melindungi sesiapa sahaja yang dizalimi, serta tidak memberi ruang fitnah berleluasa dalam minda masyarakat," tegasnya. – HD 

ULASAN GB 
Menarik,

Blogger Al-Husseyn dituduh memfitnahnya. Sedangkan Razman sendiri kini berhadapan dengan saman RM3 juta oleh Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin kerana kenyataan fitnahnya terhadap bekas Menteri besar Perak itu.

 DS Nizar Saman Pesuruhjaya PAS Perak

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh. Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :

“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular.”

“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”

Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.


Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS. Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.

Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut.

Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.

Sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Perak, wajarkah Razman menunjukkan akhlaq yang sedemikian rupa, memfitnah orang lain untuk paparan di sebuah akhbar yang mempunyai pembaca yang begitu ramai semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti DS Nizar?

Sedangkan apa yang dilakukan oleh DS Nizar selama ini di Perak ialah untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat mematuhi resolusi-resolusi muktamar sebelum muktamar 2015 yang memutuskan bahawa Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan.

Jadi tidak timbul soal "komited dengan perjuangan DAP" sepertimana yang difitnahkan oleh Raman terhadap DS Nizar.

Kemudian tahu pula meminta Badan Perhubungan Negeri mengeluarkan semacam satu arahan kepada DS Nizar supaya hadir ke pejabat mereka untuk bertemu.

GB difahamkan DS Nizar tidak melayan "arahan" tersebut dan sewajarnya "arahan" itu tidak perlu dilayan.

Biar kita pulangkan semula perkataan Razman itu kepada dirinya sendiri:

budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat

ps: jangan nanti ditempelak orang: mengata dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Fitnah Razman lagi berat !!
Kalau ikut jumlah ganti rugi saman lah.
Tanpa Nama berkata...
Bencana menimpa sesiapa yang mengidam jawatan. Atau sesiapa yang bekerja untuk melantik sendiri jadi ketua. Atau sesiapa yang merasa dia paling layak. Akhirnya dia jadi fitnah kepada semua makhluk di bumi. Matlamat menuju keredaan Allah tidak tercapai. Dunia jadi huru hara.

Lebih celaka lagi dan dilaknat Allah Swt kalau dia dihantar oleh musuh Allah untuk membinasakan perkumpulan hambaNya yang beriman. Malang sungguh nasibnya. Sudahlah umur pendek. Dapat pulak siksa yang pedih di akhirat nanti.

Hendak melawan orang2 islam yang hendak berkawan dengan orang kafir itu adalah kerja yang sia2. Kau melawan Allah sebenarnya. Allah mahu ada orang islam datang memberi dakwah kepada mereka supaya nanti kalau Dia tanya, tidakkah engkau diseru kepada Aku? Lalu kenapa kau menolaknnya? Bukankah orang islam itu sudah tunjukkan sifat2 baik, adil dan amanah? Jadi sekarang kalau Aku siksa kau, kau janganlah marah ye?

Maka menghalang orang islam hendak berkawan dengan cina dap untuk tujuan dakwah dan kerjasama mentadbir dunia ini adalah kerja orang munafik yang lebih hina dari kapir itu sendiri.

Tersangat pelik. Masalah nama dap ini boleh menjadikan orang2 islam ini cair, lemah longlai atau punca bergaduh sesama kita. Pak2 mupti gugur janggutnya. Pak2 aji terketar2. Pak2 lebai terlondeh2. Orang2 awam di felda lari tak cukup tanah.

Setan apakah yang menjadikan orang2 islam melayu ini begitu takut dengan dap. Tapi begitu berani pulak membentang permaidani kepada parti bangsa sendiri yang bertaraf maha maha maha penyamun!

Padahal kau pasang speaker siang dan malam beritahu semua makhluk bahawa Allah itu hebat. Islam itu perkasa. Pak imam khutbah berdegar2 dan betul semuanya.

Kepada parti Amanah. Sila tunjukkan jalan yang lurus kepada dap. Kalau dia tidak mahu beriman tidak mengapa. Soal hidayah dan iman bukan kerja kau. Itu kerja Allah Swt. Yang penting kau sebut saja kalimat ' Allah sayang kau lim. Pergilah mencari Dia.. '
Tanpa Nama berkata...
Yakinlah. Pada suatu hari yang baik dan tenang, cina lim akan merayau2 mencari tuhan Allah. Dia tidak menemuiNya di alam nyata tapi Allah bukakan satu pintu dari segala pintu hidayahNya. Insya Allah...

Dan cina lim akhirnya bertemu lagi dengan kau lalu memberi salam seraya berkata ' Aku tidak menemui tuhan di mana2 tapi aku menemui tuhan di wajah kamu kerana kamu membawa keperibadian unggul sebagai insan'

Lalu lim akan memeluk kau dan berjanji tidak akan berpisah buat selama2nya.

Lalu kau syukurlah pada Allah dengan berkata ' Aku tidak perbuat apa2 ya Allah. Ini sebenarnya kerja Kau'

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena