Monday 5 October 2015

[Video Bicara Negarawan SABAH 1] Dr Mahathir bangkit dakwaan 'curi duit' sekali lagi..."Nak kena tangkap, tangkaplah, saya nak cakap Najib curi duit,"

Selasa, 6 Oktober 2015


Dr Mahathir bangkit dakwaan 'curi duit' sekali lagi

Tun Dr Mahahtir Mohamad sekali lagi membangkitkan mengenai dakwaan mencuri terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ini nak bagi duit, konon nak bagi sokongan, bila duit tak cukup nak bagi berjuta-juta, apa kita nak buat?
"Curi la, curi duit," kata bekas presiden Umno itu, yang mengundang tepukan gemuruh hadirin.
Satu video ucapan yang disampaikannya di Tawau, Sabah petang ini telah dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle.
Bekas perdana menteri itu yang disiasat polis berhubung kenyataannya berkaitan Najib pada himpunan BERISH 4, dilihat tidak kisah jika beliau ditangkap.
"Kalau kena tangkap, saya nak cakap terang-terang di sini, kena tangkap, tangkaplah, tapi saya nak cakap Najib curi duit," katanya.
Dr Mahathir berkata perkara itu dengan merujuk dakwaan bahawa dana dari 1MDB berjaya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib dan penyokongnya menyifatkan dana RM2.6 bilion adalah sumbangan politik dari sumber Timur Tengah.
Perdana menteri juga menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena