Wednesday 2 December 2015

Konsesi PLUS DILANJUTKAN LAGI sehingga 2038...Kutip RM2.61 Billion Tapi Untung Hanya RM8.4 Juta Saja? Aik, untung CIPUT aje!

Rabu, 2 Disember 2015

Cilakak K'jaan UMNO BN - Tempoh konsesi PLUS SEPATUTNYA tamat pada tahun 2018 tetapi DILANJUTKAN LAGI sehingga 2038...

UMNO BN KAPITALIS BANGSAT MEMBUNUH RAKYAT SEPERTI VIRUS CANCER
Pengendali Lebuhraya PLUS berhak untuk menaikan kadar TOL sebanyak 5% setiap 3 tahun.. kata Timbalan Menteri....

KORANG TAU TAK..

1) Tempoh konsesi PLUS SEPATUTNYA tamat pada tahun 2018 tetapi DILANJUTKAN LAGI sehingga 2038...

2) Perjanjian kenapa dilanjutkan adalah rahsia dan tak didedahkan kepada umum...

3) PLUS dimiliki oleh KERAJAAN... 2 pemegang saham terbesar adalah KWSP dan Kumpulan UEM..yang dikuasai oleh Khazanah Holding... DI MANA 'Board of Directors' terdiri oleh Najib Razak & adiknya Nazir Razak !!


Jadi. jelas disini.. KERAJAANLAH KAPITALIS BANGSAT.. yang menyusahkan rakyat.. bertopengkan slogan Rakyat didahulukan, Bila kerajaan sendiri memeras hasil rakyat, bermakna HARAM bagi rakyat terus menyokong kerajaan tersebut... dahlah rakyat juga membayar GST yg kononnya akan dipulangkan pada rakyat... sedangkan hasil GST digunakan untuk menampung ketirisan dan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan.
KedahLanie.

Percayakah Anda PLUS Kutip RM2.61 Billion Tapi Untung Hanya RM8.4 Juta Saja?

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.

Tapi jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta..

Aku sangka untung berbillion-billion.. rupa-rupanya kutip saja berbillion tapi untung setaraf dengan IKS saja..

Drastik sungguh penurunan keuntungannya ya.. sedangkan pada Februari 2010 lidah rasmi UMNO iaitu Utusan dengan bangganya telah melaporkan 'PLUS catat keuntungan tinggi'..

KUALA LUMPUR 23 Feb. - PLUS Expressways Bhd. (PLUS), penyedia perkhidmatan operasi lebuh raya mencatatkan keuntungan sebelum cukai tinggi sebanyak RM1.62 bilion bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2009, meningkat 7.1 peratus daripada RM1.516 bilion pada 2008.

Perolehan juga tinggi sebanyak RM3.17 bilion, meningkat 7.1 peratus daripada RM2.96 bilion pada 2008. PLUS dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini berkata, pihaknya berjaya mengatasi set Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi peningkatan lorong-kilometer dengan mencatatkan pertumbuhan 33.5 peratus, melepasi sasaran 30 peratus. 
Ia dicapai menerusi pemulaan projek lebuh raya sulungnya di India, Bhiwandi-Kalyan Shil Phata Highway, pada 22 Ogos 2009 dan pembelian pegangan strategik dalam Indu Navayuga Infra Project Private Ltd., syarikat konsesi bagi Padalur-Trichy Highway, India. 
Mengenai KPI bagi pertumbuhan pendapatan, kumpulan itu mengatasi sasaran lima peratus bagi Tahun Kewangan 2009 dengan mencatatkan pertumbuhan 6.5 peratus yang disumbang oleh pertumbuhan kuantiti trafik tinggi.

Tu untung sebelum cukai pada tahun 2008 dan 2009.. sebelum cukai.. harap maklum.. dan berikut pula adalah keuntungan pada tahun 2011 menurut Rafizi Ramli..

 Laporan tahunan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai ialah RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk enam peratus kos menyelenggara... laporan penuh silalah baca di ( SINI )

Tidak banyak perniagaan di dunia ini yang mencapai peratus keuntungan bersih hingga 61 peratus seperti yang dicatat PLUS.

Melihat kos menyelenggara hanya enam peratus dari jumlah kutipan tol setiap tahun, menunjukkan kadar tol sedia ada membawa keuntungan berlipat kali ganda.

Setiap kenaikan baru hanya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi..

Kata Rafizi lagi, dakwaan kononnya kerajaan terpaksa memenuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya sebagai alasan untuk menaikkan kadar tol hanya alasan tidak masuk akal.

Syarikat terbabit yang turut mendapat bantuan kewangan dan subsidi kerajaan itu juga memperoleh keuntungan berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran semasa menandatangani kontrak konsesi dengan kerajaan..

Laporan berkaitan..

Jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.
"Walaupun pendapatan daripada kutipan tol PLUS setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi dengan setiap ringgit tol dikutip, pemegang konsesi perlu membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan memperbaiki lebuh raya yang sedia ada," katanya. 
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga tahun 2014 dan rancangan melanjutkan konsesi serta rasionalnya. 
Rosnah berkata dianggarkan secara purata 50% daripada pendapatan tol PLUS digunakan untuk tujuan bayaran balik pinjaman, 20% untuk operasi dan penyelenggaraan, 15 hingga 20% untuk kos menaik taraf dan membaik pulih dan 10% sahaja pulangan kepada pemegang saham. 
Sementara itu menjawab soalan tambahan Idris, Rosnah berkata kerajaan amat prihatin dengan keresahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan tol dan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah hanya membuat penyelarasan kadar tol selepas lapan tahun ditangguhkan. 
"Kerajaan juga menutup dan memansuhkan kutipan tol bagi 8 plaza tol serta mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol di seluruh negara iaitu bagi Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, Plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Plaza tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas)," katanya.  
Beliau berkata kerajaan dalam masa sama menggalakkan syarikat konsesi tol supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat termasuk PLUS yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi program rebat Plusmile dan rebat pada musim perayaan lapor The Malaysian Insider
Nak naikkan kadar tol declare untung ciput... kah.. kah.. kah.. itupun macai percaya..

Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena