Tuesday, 22 December 2015

Najib dah tidak selamat...1MDB sembunyi RM3.2b di Bank Asing!

Selasa, 22 Disember 2015
Like This Page · 6 hrs 
 
Ingatkan juta2 jer. rupa2nya.. sampai bilion2 ringgit..
KENAPA skrg ini Dr. Mahathir bin Mohamad & kuncu2nya bermati2an hentam Najib Razak supaya Najib letak jawatan..??!!

JAWAPANNYA.. jika Najib kekal sehingga PRU14 Mahathir menjangkakan momentum yg ada skrg ini BN akan kalah pd PRU14 nanti.

KALAU BN KALAH.. apa akan jadi pd Mahathir, Najib, kuncu2 & kroni UMNO kelak..??!!

JAWAPANNYA... tirai besi menanti anda semua !!!

Kedudukan Najib tidak selamat – walaupun perkuatkan dirinya dengan pelbagai cara.

DECEMBER 22, 2015
December 20, 2015
Beliau akan terus menghadapi penentangan jika gagal selesai masalah rakyat terutama kenaikan kos sara hidup dan 1MDB.

Dzulkefly-Ahmad_najib_600
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum tentu selamat walaupun mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya.
Beliau mengulas laporan firma penyelidikan antarabangsa Financial Times (FT) Confidential Research yang mengatakan kedudukan Najib masih kukuh sehingga Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Laporan yang dipetik akhbar Utusan Malaysia itu menyatakan ia dibuktikan dengan sokongan padu yang diterima Najib dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu serta kegagalan Tun Mahathir untuk menjatuhkannya.
“Benar, Najib mengambil pelbagai tindakan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno,” katanya, merujuk pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Shafie Apdal dari Kabinet, serta penukaran pengerusi dan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) di tengah-tengah siasatan 1MDB.
Namun katanya lagi, kegagalan Najib menjawab persoalan yang menyelubungi pentadbirannya serta kegagalan menyelesaikan masalah rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan 1MDB, akan menyebabkan beliau sentiasa menerima penentangan.
“Dan ia boleh datang dari pelbagai pihak, termasuk ahli akar umbi Umno sendiri,” kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Katanya lagi, selagi Najib tidak mengubah pendekatannya dalam pentadbiran negara, penentangan seumpama itu akan kian bertambah dan membawa kepada kejatuhannya.
“Najib terus mengambil tindakan yang merugikan negara demi menjaga kedudukan (termasuk meluluskan undang-undang drakonian seumpama MKN, POTA, POCA dan SOSMA bagi perkukuh kuasanya).
“(Dan) dua tahun adalah satu tempoh yang lama. Penentangan akan terus bertambah dan sampai satu saat, beliau akan jatuh sehabisnya,” katanya lagi.
Mutakhir ini, semakin banyak cawangan Umno yang menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti, termasuk lima cawangan bahagian Gombak pada 17 Desember lalu.

1 comments:

Master Jaguh said...

Lagi Gambar ...
Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena