Wednesday, 30 December 2015

Dr Zuhdi kitar bahan fitnah UMNO...

Rabu, 30 Disember 2015
AMARAN DARI KERAjaan !!.. rakyat M'sia dilarang ke Israel..
TETAPI..
KERAjaan BN Benjamin Netanyahu BOLEH menjalin hubungan dagang dgn Israel laknatullah..
Pemimpin2 UMNO spt Zahid Hamidi, Syed Hamid Albar, Mahathir & Tunku Abdul Rahman BOLEH BERJUMPA DENGAN PEMIMPIN2 TERTINGGI ISRAEL !!
FAKTA:
M'sia satu2nya 'negara Islam' rekod NAIB JUARA 'surplus' dagangan dgn Israel laknatullah pada tahun 2014. - Sumber: Israeli Central Bureau of Statistics (CBS)
Di hadapan rakyat.. bersongkok !!
Di blkg rakyat.. songkok serban jubah ntah ke mana..
Di blkg pentas PBB.. Najib TERSEREMPAK tersengih2 berjabat tgn PM Israel laknatullah.



Dr Zuhdi kitar bahan fitnah UMNO, abai hubungan dagang Malaysia-Israel

israel420391_331298513578937_100000963730766_866234_230398336_n

KUALA LUMPUR 30 DIS: Kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mengaitkan DAP berkaitan isu Israel tak ubah mengitar semula bahan fitnah UMNO, parti yang menjalin hubungan dagang dengan negara itu.
Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How, berkata tohmahan itu menunjukkan Dr Zuhdi berketandusan isu dan idea, malah ia mirip kepada telatah dan taktik lumrah digunakan UMNO BN.
“Tambahan lagi dengan tingkah laku mereka terdekat ini yang begitu mesra UMNO, mereka terpaksa meminjam bahan fitnah daripada UMNO,” katanya pada kenyataan media hari ini.
printafb269f3-d555-48f5-93d4-18b3fabc42a8Sekalipun kenyataan Dr Zuhdi itu di portal HarakahDaily itu sudah ditarik balik, Horward menyifatkan Dr Zuhdi seakan-akan mengikut teladan Menteri Propoganda kepada Adolf Hitler iaitu Joseph Goebbels yang menggunakan startegi mengulangi pembohongan supaya ia kelihatan sebuah kebenaran.
Justeru, katanya, DAPSY membidas, mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan fitnah Dr Zuhdi, malah mempersoal kredibilitinya yang membuat kenyataan berdasarkan sumber tulisan blog yang diragui kewibawaannya.
“Ternyata ia kenyataan berniat jahat untuk memburuk-burukkan nama dan memberi persepsi negatif kepada DAP dengan menggunakan isu sensitif dalam kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam,” katanya.
Howard turut mempersoal pendirian Dr Zuhdi dalam hubungan dagang antara Malaysia- Israel yang diakui Kerajaan UMNO BN, sebagai negara ketujuh destinasi eksport utama Israel pada 2013.
“Adakah Dr Zuhdi menyokong hubungan dagang itu selepas segelintir kepimpinanan PAS dilihat berkira-kira untuk bersama dengan UMNO atas nama Melayu dan Islam?” katanya.
Mengenai pendirian DAP terhadap konflik Israel-Palestin, beliau berkata, pendirian parti itu sentiasa konsisten iaitu menolak keganasan dan penindasan regim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.
“Malah DAP menyokong perjuangan rakyat Palestin. Mereka yang inginkan pencerahan bolehlah merujuk beberapa kenyataan media dan ucapan pimpinan DAP di Parlimen,” katanya. -Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena