Apa la BINGAI tahap gaban pegawai2 najib skrg ni... Drp menteri sampai la org bawahan semua dah mkn dedak najib jadi BINGAI sebingainye....
Bagi zakat asnaf pelajar di london yang kebanyakan sudah ada biasiswa. Banyak lagi asnaf di malaysia dimana ibu bapa tercari cari duit untuk permulaan sekolah 2016. Pegerusi dan ceo tabung haji tak habis habis bazirkan wang tabung haji untuk melancong ke london hujung tahun untuk kepentingan siapa. Berok pun kalau tuan dia tegur dua atau tiga kali di faham tuan dia tak suka tingkahlaku tertentu. Tapi mereka ni tak faham juga.
SEBELUM PILIHANRAYA KAMU RAYU KAMI...
LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...
DAH MENGAKU SILAP silalah letak jawatan..
Jadilah PM yang ada maruah diri..
SUDAH 3 TAHUN BAGI PELUANG apa yg kamu dah buat & buktikan peluang yg dah diberi sebelum ini..
NAK BAGI PELUANG KIKIS DUIT RAKYAT SAMPAI KERING KA ???
Hakikatnya... "MELAYU MUDAH LUPA"
LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...
DAH MENGAKU SILAP silalah letak jawatan..
Jadilah PM yang ada maruah diri..
SUDAH 3 TAHUN BAGI PELUANG apa yg kamu dah buat & buktikan peluang yg dah diberi sebelum ini..
NAK BAGI PELUANG KIKIS DUIT RAKYAT SAMPAI KERING KA ???
Hakikatnya... "MELAYU MUDAH LUPA"
Lebih menyedihkan apabila ada siswa yang pulang kerana tidak lagi mampu meneruskan pengajian
KUALA LUMPUR: Sengsara hidup siswa yang melanjutkan pelajaran di Mesir apabila terpaksa mengikat perut tiap kali pertengahan bulan kerana masalah kewangan.
Mewakili siswa Melayu di Mesir, penuntut jurusan Ulum Islamiyah, Mohd Muin Mohd Noor dari Universiti Al-Azhar meluahkan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung para pelajar yang tidak mendapat bantuan kewangan dari Kerajaan Malaysia.
Ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit, menyebabkan jumlah wang yang dikirim oleh ibu bapa semakin tidak mencukupi untuk menyara kehidupan di Mesir.
“Ada dikalangan kami makan nasi dengan kuah tanpa lauk, terutamanya di pertengahan bulan kerana kehabisan wang. Wang yang dikirimkan keluarga hanya cukup untuk membayar sewa rumah dan tambang pengangkutan sahaja.
“Dulu RM500 boleh bertahan sampai hujung bulan tetapi hari ini, bila tiba tengah bulan kami dah mula tak makan,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Muin mendakwa ada kalangan siswa yang memohon kepada pusat zakat negeri masing-masing ada antara permohonan mereka ditolak atas alasan butiran permohonan yang tidak lengkap.
Menurut Muin lagi, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga tidak banyak membantu.
“Kebanyakan daripada kami adalah pelajar persendirian yang datang dengan pelbagai janji manis dari pihak tertentu seperti Mara, JPA dan banyak lagi. Mereka kata pergi dulu lepas setahun balik isi borang permohonan tetapi tidak ada keputusan,” katanya.
Tambahnya, lebih menyedihkan lagi apabila ada dalam kalangan mereka terpaksa pulang ke Malaysia kerana tidak lagi mampu meneruskan pengajian kerana masalah kewangan yang dialami.
Tersentak dengan derita mereka, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bingkas melancarkan Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir untuk membantu para siswa di sana yang memerlukan pertolongan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, lebih 15,000 siswa terpaksa meneruskan pengajian dengan mengikat perut lantaran masalah kewangan.
“Mereka ini kebanyakannya pelajar jurusan perubatan dan pergigian yang datang ke Mesir dengan pembiayaan sendiri setelah dijanjikan oleh pelbagai pihak akan menawarkan bantuan setelah selesai pengajian tahun pertama.
“Malangnya, janji hanya tinggal janji sehingga akhirnya, pelajar-pelajar ini terpaksa mengikat perut untuk hidup dengan perbelanjaan bulanan yang dikirim oleh ibu bapa masing-masing,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri majlis perasmian tabung kemanusiaan itu yang dirasmikan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, di Kelab Sultan Sulaiman pada Selasa.
Sementara itu, Razaleigh menggesa kerajaan supaya mengambil peduli masalah yang dihadapi pelajar Malaysia di sana dan menyeru rakyat supaya turut membantu.
“Rakyat Malaysia ini baik hati, mereka selalu memberi bantuan kepada rakyat negara-negara luar sekiranya mengalami kesusahan, kali ini kita perlu bantu pelajar kita,” katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Ulasan:
Tanpa Nama29 Disember 2015 11:27 PTG
Boleh percaya kee...kan kerajaan najib kata kejatuhan nilai ringgit baik....bagus bt semua rakyat..... Balas
0 comments:
Post a Comment