Rabu, 16 Disember 2015
Amy Ho tinggalkan mesej atas tisu buat Muhyiddin
A heartfelt message I received from a lady at a cafe this morning. Thank you! —
Di Facebooknya hari ini, Muhyiddin memuat naik sekeping gambar tisu dengan pesanan mesej seorang perempuan yang dinyatakan sebagai “Amy Ho” di atas kertas tisu.
Ia diberikan kepada Muhyiddin di sebuah kafeteria pagi ini.
“Ke hadapan Tan Sri Muhyiddjn Yassin, ribuan terima kasih kerana bangun bersuara untuk kami semua ketika tiada seorang pun lakukannya.
“Kami sentiasa bersamamu dan kami berdoa supaya perjuanganmu tak sia-sia.
“Moga-moga Allah merahmatimu dan negara ini,” demikian menurut mesej itu, yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Muhyiddin juga dilihat sangat berbesar hati menerima penghargaan itu.
Bersama gambar tisu keronyok itu, beliau memuat naik ucapan terima kasihnya untuk ditatap penyokongnya yang lain.
“Mesej yang tulus ikhlas saya terima daripada seorang wanita di kafe pagi ini. Terima kasih!” katanya.
Malaysiakini.
·
Masyarakat Cina menyokong mana-mana pihak yang mereka rasakan baik untuk ekonomi negara. Mereka pernah menyokong penuh kepimpinan Tun Mahathir kerana Tun Mahathir bersama Anwar ketika itu mampu menjulang ekonomi Malaysia ke persada dunia. Mereka tahu kuasa politik tetap di tangan orang Melayu. Mereka menyokong Melayu yang mampu memimpin dengan baik dan menolak pemimpin Melayu yang teruk dan merosakkan negara seperti Najib Razak. Pada PRU 1999 dahulu parti UMNO/BN terus kekal memerintah disebabkan oleh sokongan besar Masyarakat Cina dimana ketika itu majoriti Melayu telah menolak UMNO dan menyebelahi Anwar. Mereka menyokong mana-mana Melayu yang baik yang mampu memimpin dan menolak pemimpin Melayu yang bodoh untuk digantikan dengan pemimpin Melayu yang lebih baik..
·
Tengok page FB Najib rata2 semua rakyat Malaysia mengutuk (amat memalukan bagi seseorang yg berstatus PM) dan takde kepercayaan langsung dari majority rakyat Malaysia melainkan yang menyokong Najib adalah mereka tidak melihat REALITI APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA DI SAAT INI.
Untuk TSMY, majority rakyat Malaysia bersama kamu tanpa mengira dari parti mana. Kerana kami mahukan kebenaran dan bukan pemimpin pentipu dan menindas rakyat.
0 comments:
Post a Comment