Saturday, 19 December 2015

PERKASA sindir Umno? Mengapa ya sekerap M'sia murah? & Apasal nak 'Halalkan' RM2.6b!

Sabtu, 19 Disember 2015
Di Thailand sekilo RM4.30
Di Malaysia sekilo RM2.20

Mengapa ya?

Bagi sebab la nak halalkan 2.6billion tu..xde ape penyata atau senarai kemane ilang 2.6billion tu senang2 je nak mintak halalkan..bila org mintak penjelasan..kau lari..kau kona sana sini sebelom mengaku..
Logik nak nak halalkan?..

Bangang ke oiii...


Yb Umno korang masa PAU tempoh hari ada bunyik tak pasal 2.6b ni? Takde yer. Tu tandanya ada babik sedang mempergunakan undi korang untuk terus memimpin. 
#AdaPolitikusSedangMempergunakanMelayu
#MelayuBodohMenerimaSeadanyaDiPerguna
- Tompo -

Biar rakyat sahaja yg nyatakan perasaan mereka..!!!

PERKASA sindir Umno?

Genap seminggu selepas Umno menamatkan perhimpunan agung tahunannya - dan timbalan presiden parti itu dilarang berucap - hari ini pertubuhan PERKASA tampil dengan sindiran tajam.

Menolak kebiasaan, persidangan khas tahunan sayap Wira pertubuhan berkenaan yang biasanya dirasmikan oleh pemimpin tertinggi, hari ini dirasmikan oleh naib presidennya saja.

Dalam ucapan perasmiannya, Naib Presiden PERKASA Syed Osman Syed Mansor berkata pertubuhan berkenaan membuktikan mereka bersifat inklusif dan bukan seperti "pertubuhan lain".

"PERKASA ni lain sikit daripada pertubuhan lain apabila seorang naib presiden boleh rasmikan mesyuarat sayap.

"Ada sesetengah pertubuhan, naib presiden pun tak boleh merasmikan sayapnya," katanya tanpa menamakan mana-mana pertubuhan dimaksudkan.

Keyataan itu dibuat Syed Osman ketika beliau merasmikan Persidangan Khas Tahunan Wira PERKASA 2015 di ibu negara.

Minggu lalu ketika persidangan tahunan Umno berlangsung salah seorang pemimpin tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak diberi ruang untuk berucap seperti selalu.

Mengikut kebiasaan, seorang timbalan presiden diberi penghormatan merasmikan mesyuarat sayap pemuda, wanita dan puteri, selain peluang menggulung perbahasan di akhir hari persidangan.

Namun Muhyiddin yang diketepikan - dan berasa dirinya mahu dijadikan 'tunggul' - tidak mendapat peluang itu kali ini.

Umno kini berdepan dengan kritikan pelbagai pihak termasuk dari dalam parti itu sendiri.

Muhyiddin adalah salah seorang tokoh yang dilihat berani menongkah arus dan berselisih pendapat dengan bosnya, Datuk Seri Najib Razak.

Turut berpendirian begitu ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PERKASA kini dipimpin Datuk Ibrahim Ali yang juga salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir.
KDL.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena