Friday 25 December 2015

Umno neh, sampai bila nak menipu? PAS & UMNO...OK ke!

Sabtu, 26 Disember 2015
Tidak heranlah jika UMNO & kuncu2nya SANGGUP MENIPU utk meraih sokongan rakyat demi mengekalkan legasi mereka utk menipu, merompak & menekan rakyat..
MASIH INGAT.. "Pas parti ajaran sesat bawa fatwa songsang" - Timbalan Presiden UMNO, 6/4/2013

PAS & UMNO - OK KE HIDUP BERSAMA?

Kerjasama PAS dan UMNO
ISUNYA Bukan KEWAJARAN TAPI KEMAMPUANNYA?
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan kerjasama politik boleh berlaku antara Pas dan Umno tetapi ianya agak sukar berlaku. 

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, terdapat empat sebab kerjasama politik kedua-dua parti itu 'sukar' terlaksana. 

"Pertama - memori kesilapan lampau yang menyakitkan.
Kedua-dua parti ini ada kesilapan politik masing-masing. 
Pas ada kesilapan dengan amanatnya di Kampung Banggol, Peradong yang memecahkan umat Melayu dan Islam. 
Umno ada kesilapannya di Memali yang juga memecahkan umat Melayu dan Islam. Luka dari dua kesilapan ini, jika pun telah sembuh, meninggalkan kesan parut besar yang payah dihilangkan.  

Kedua -  perbezaan ideologi
Mampukan UMNO melayani tuntutan PAS dalam isu Hudud?
Hudud adalah perjuangan utama Pas. Jadi, sekiranya kerjasama ini hendak berjaya, Umno perlulah memenuhi syarat hudud Pas. Saya tidak yakin parti-parti komponen bukan Islam dalam BN boleh bersetuju dengan syarat hudud Pas ini," katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya. 

Ketiga - arah tuju perjuangan
Katanya lagi, sebab yang seterusnya adalah arah tuju kerjasama yang tidak jelas.  "Adakah ini sekadar kerjasama dalam hal-hal tertentu sahaja atau kedua-dua parti ini hendak bergabung? Pemimpin Umno dan Pas tidak tegas dalam hal ini menyebabkan penyokong kedua-dua parti ini keliru tentang arah tuju kerjasama ini.

Keempat - arah bekerja sama
masih ramai ahli dan pemimpin kedua-dua parti yang tidak menyokong idea kerjasama ini. Jadi, bagaimana mahu menjayakan kerjasama ini.


Oleh itu kata Agus, jalan terbaik buat masa ini ialah kedua-dua parti itu moleklah sekiranya bekerjasama dalam hal ehwal yang membabitkan menjaga kesejahteraan rakyat. 
 "Atasi tekanan hidup rakyat, perkemaskan dasar-dasar yang menekan rakyat. Selepas itu, angkatlah perubahan yang dibuat itu sebagai hasil dari kerjasama Umno-Pas.Jika ini dapat dilakukan, saya yakin orang Melayu boleh menerima kerjasama Umno-Pas dengan senang hati.
"Ini kerana makna kerjasama Umno-Pas dalam hati rakyat adalah apabila pemimpin boleh menjaga kesejahteraan hidup mereka," katanya. 
Polemik kerjasama politik antara Pas dan Umno kembali bergema selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptamanya di Perhimpunan Agung Umno 2015 yang menghulurkan tangan bagi menjalinkan kerjasama politik antara kedua-dua parti. 
 Malah Najib sekali lagi mengulangi perkara sama pada program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar yang turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena