Wednesday, 23 December 2015

Niat 'PAS Bergabung dengan UMNO' bukan rahsia lagi...

Rabu, 23 Disember 2015

Niat PAS Bergabung Dengan UMNO Bukan Rahsia Lagi

Masakan tiada angin pohon bergoyang, kata Mahfuz


Kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang menyeru agar mana-mana individu yang mahu parti itu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS adalah mengejutkan, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, nama-nama yang disebut Idris dan pernah meninggalkan PAS untuk bersama Umno semuanya bertaraf pemimpin dan perkara itu merungsingkan ahli-ahli parti.

"Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara PAS dengan Umno BN.

"Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu individu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi PAS dan bukannya ahli biasa," kata Mahfuz dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Idris menyarankan individu yang hendak bergabung dengan Umno supaya meninggalkan parti Islam itu dan menegaskan PAS pernah kehilangan pemimpin-pemimpin kanannya, termasuk dua presiden.

Menurut Mahfuz, beliau dihubungi ahli-ahli parti yang melihat berlaku percanggahan terbuka di kalangan pimpinan PAS dalam isu berkenaan.

Ia katanya, ditambah dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiuddin Hassan baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi tentang masa depan dan haluan politik PAS.

"Lebih menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama PAS Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak PAS pusat.

"Mereka menyatakan bagaimana Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan?Ini yang membingungkan ahli-ahli," kata Mahfuz.
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena