Friday 11 December 2015

[Video] 'Kebodohan' apakah ini? "Kalau tiada UMNO, tiadalah UITM." Tiada sebab Muhyiddin & Shafie MINTA MAAF pada Najib. Bersatu Kita Bersatuk?

Sabtu, 12 Disember 2015

Terdengar ucapan seorang Naib Canselor UITM yang diwawancara sempena PAU pagi ini :

"Kalau tiada UMNO, tiadalah UITM. Kalau lemah UMNO, lemahlah UITM".

Kebodohan apakah ini??!! —

Patut tgkap sekali org yg ckp ni...sbb jibby kan anak didik dia..dia ajar jibby buat macam ni dari dulu lagi...jibby ni kesinambungan madey ler...
madey mudah lupa .!

TIADA SEBAB MUHYIDDIN, SHAFIE PERLU MINTA MAAF PADA NAJIB
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataannya kepada media hari ini menyarankan agar Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal meminta maaf kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Apa sebab Muhyiddin dan Shafie perlu minta maaf pada Najib?
Muhyiddin dan Shafie tiada perselisihan peribadi dengan Najib. Yang ada ialah perbezaan prinsip. Antara yang mempertahankan perjuangan dan yang mengkhianati perjuangan. Antara yang salah dan yang benar. Siapa yang buat salah dan khianat, dialah yang patut minta maaf.
Siapa yang buat salah sebenarnya?
Siapa yang menyebabkan 1MDB berhutang hingga RM42 billion? Bukan Muhyiddin atau Shafie tetapi Najib.
Siapa yang menerima 'derma' RM 2.6 billion sehingga menyebabkan UMNO dicemuh seluruh rakyat Malaysia? Bukan Muhyiddin atau Shafie tetapi Najib.
Siapa yang menyebabkan tanah kerajaan di TRX dan Bandar Malaysia, dan Edra Energy terpaksa digadai kepada syarikat negara asing? Bukan Muhyiddin atau Shafie tetapi Najib.
Siapa yang menyebabkan kedaulatan negara tergugat dengan penjualan aset strategik negara kepada pihak asing? Bukan Muhyiddin atau Shafie tetapi Najib.
Siapa yang menyebabkan UMNO diheret ke mahkamah atas dakwaan berbelanja melebihi had dalam PRU-13 ekoran pengakuan Najib bahawa wang RM2.6 billion digunakan untuk membiayai kegiatan politik UMNO? Bukan Muhyiddin atau Shafie tetapi Najib.
Siapa pemimpin UMNO yang paling tidak disukai oleh rakyat Malaysia sehingga ahli UMNO pun malu nak mengaku ahli UMNO? Bukan Muhyiddin atau Shafie tetapi Najib.
Apa 'kesalahan' Muhyiddin dan Shafie?
Tidak ada apa-apa kesalahan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin ini. Mereka cuma menegur Najib supaya buat perkara yang betul untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan rakyat. Sebaliknya:
Mereka dipecat daripada kabinet;
Mereka dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden;
Mereka dihalang daripada bertemu dengan ahli-ahli akar umbi;
Mereka tidak dibenarkan berucap dalam perhimpunan agung UMNO;
Mereka dikecam oleh Ketua-Ketua Bahagian yang telah dibeli oleh Najib.
Yang buat salah ialah Najib bukan Muhyiddin atau Shafie. Jadi, yang patut minta maaf ialah Najib bukan Muhyiddin atau Shafie.
Najib tak perlu minta maaf kepada Muhyiddin atau Shafie tetapi kepada seluruh ahli UMNO.
Jika Najib benar-benar seorang gentleman, beliau akan memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO dalam ucapan penangguhan beliau di hari terakhir Perhimpunan Agung.
Beliau mesti mengaku bahawa, seperti yang disebut oleh jaguh pendebat muda negara Syed Sadiq, beliau adalah 'a national disgrace' - satu malapetaka kepada negara!
Bukan setakat minta maaf, Najib perlu meletak jawatan serta merta dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukannya.
Barulah Najib boleh dikatakan sebagai seorang gentleman! Jika tidak, jadi 'gentel' man saja lah!
Kepada Hishamuddin, jangan gunakan pentas PAU 2015 sebagai gimmik murah untuk 'mendamaikan' Muhyiddin-Shafie dan Najib. Imej anda setakat ini masih baik berbanding Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO yang telah dibeli oleh Najib.
Jangan kerana hendak 'play to the gallery' dan 'claim credit' dalam PAU 2015, nama anda menjadi busuk di mata rakyat. Kesalahan Najib terlalu besar untuk dimaafkan, bukan oleh Muhyiddin atau Shafie, tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena