Friday 18 December 2015

'Pemberontakan & Penentang' Najib tak akan berhenti - Penganalisis politik Dr Bridget Welsh

Sabtu, 19 Disember 2015 

Penganalisis percaya penentang Najib tak akan berhenti

Penentang Najib dalam parti itu akan terus bersuara walaupun diancam dengan tindakan disiplin termasuk digantung keahlian kerana mereka tidak akan kehilangan apa-apa, penganalisis berkata, menunjuk kepada 5 pemimpin cawangan di Selangor yang secara terbuka menggesa Najib meletak jawatan pada malam Rabu lalu.
Penentang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam parti akan terus bersuara walaupun diancam dengan tindakan disiplin termasuk digantung keahlian kerana berasa mereka tidak akan kehilangan apa-apa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.
Penentang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam parti akan terus bersuara walaupun diancam dengan tindakan disiplin termasuk digantung keahlian kerana berasa mereka tidak akan kehilangan apa-apa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.
Penganalisis politik Dr Bridget Welsh berkata pemberontakan itu berterusan kerana adanya polarisasi dalam Umno berhubung kepimpinan Najib, disebabkan percubaan presiden parti itu meminggir dan mengetatkan kawalan ke atas mereka yang berbeza pendapat.
"Mereka yang menentang beliau tak rugi apa-apa. Mereka tidak boleh diturunkan daripada kedudukan dan percaya yang mereka sedang menyelamatkan Umno dan negara daripada kepimpinan Najib.
"Mereka tidak mungkin akan mengubah pandangan walaupun taktik mereka mungkin berubah. Mereka sedang ditolak keluar daripada Umno dalam persaingan kepimpinan yang berterusan," kata Welsh, seorang profesor dalam bidang sains politik di Universiti Ipek, Turki.
Dr Lim Teck Ghee, pengarah eksekutif Pusat Inisiatif Dasar, berkata walaupun penentang Najib kelihatan seperti hanya kumpulan minoriti, pandangan yang sama sebenarnya mungkin wujud di kalangan cawangan atau bahagian yang dari luarannya menyokong Najib.
Dia berkata mereka tidak menonjolkan diri kerana bimbang dipinggirkan atau diketepikan dalam sistem naungan yang diamalkan parti itu.
“Tetapi beberapa pemimpin peringkat akar umbi- mungkin kerana mereka berada jauh dari pusat kuasa - lebih lantang bersuara dan lebih tinggi etikanya.
“Penentangan ini dijangka akan terus berlangsung walaupun ia tidak dilaporkan atau hanya diberikan perhatian kecil media rasmi dan media bahasa Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Lim menambah, walaupun penentangan terhadap Najib kini masih belum menjadi satu ancaman, ia boleh berubah menjadi cabaran yang lebih kuat dan menggugat, bergantung kepada sejauh mana pengkritik paling lantangnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertindak balas kepada “halangan” yang dikenakan atas mereka pada perhimpunan agung lepas.
Kejayaan penentangan ini juga bergantung rapat kepada sama ada akan muncul lebih banyak bukti kukuh yang menyabitkan Najib dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6bilion, kata Lim.
Dia berkata penentangan terhadap Najib memberi kesan buruk kepada keyakinan pelabur asing, dan memberi amaran, tindakan menyalahkan DAP, parti pembangkang majoriti Cina, boleh menyebabkan kesan yang tidak terkawal kepada hubungan kaum.
“Apabila itu berlaku, Majlis Keselamatan Negara yang dicadangkan pun tidak mampu mengekang kerosakan yang berlaku atau menjadi tidak relevan untuk mengurangkan kesan buruknya."
Sementara itu Welsh berkata keadaan buruk dalam ekonomi sekarang bukan disebabkan penentangan terhadap Najib, tetapi kedegilan perdana menteri itu untuk terus kekal di tampuk kuasa.
“Cabaran kepada kestabilan politik dan ekonomi bukanlah disebabkan pihak yang mendesak perubahan kepimpinan.
“Kerosakan dalam sistem ekonomi dilakukan Najib sendiri kerana enggan berundur, menggunakan institusi untuk kekal berkuasa tanpa menghiraukan kesan buruk dan imej negatifnya kepada negara menerusi pelbagai skandal yang masih belum selesai.” – 18 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganalisis-percaya-penentang-najib-tak-akan-berhenti#sthash.VQyEhsPr.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena