Saturday, 12 December 2015

[Video] Hal 1MDB tak selesai juga...Muhyiddin: Tiada sebab saya perlu minta maaf.

Sabtu, 12 Disember 2015
Berapa banyak nak bincang da....hal 1MDB tak selesai juga...siapa penderma tak jumpa jumpa lagi..kemana pergi duit tak terjawab jawab.. mana tak bosan Tun M dengar ucapan DSN.

Muhyiddin tak akan minta maaf


Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti dipekulasikan media pro-Najib semalam.
Timbalan presiden Umno itu berkata tiada sebab yang memerlukan beliau bertindak demikian.
“Apa yang saya sebut bukan soal peribadi.
“Apa yang saya bangkitkan selama ini soal parti dan soal kepimpinan,” katanya.
Memetik sumber, MYKMU semalam melaporkan ada cakap-cakap yang mengatakan kebarangkalian Muhyiddin akan meminta maaf kepada Najib hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata masih ada ruang untuk Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf atas “keterlanjuran sikap”.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan dalam kabinet perdana menteri setelah lantang mengkritik dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Muhyiddin juga disekat sepenuhnya daripada berucap kepada perwakilan dalam perhimpunan agung Umno di ibu negara, yang masuk hari terakhir hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau tersasar daripada landangan perjuangan untuk menyatakan kebenaran kerana rasa cinta kepada Umno.
“Saya mahu Umno terus kekal diyakini dan dipercayai oleh rakyat, sebab itu bagi saya tidak ada sebab berpatutan yang memerlukan saya memohon maaf kepada sesiapa.
“Dan saya harap ini tidak disalahtafsirkan,” katanya.
Beliau juga berpesan supaya semua pihak tidak membuat sebarang andaian.
Beliau juga menyatakan komitmen untuk terus hadir persidangan hingga ke penghujungnya hingga lewat petang ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena