Saturday 12 December 2015

TQ Najib? "Kamu dapat DERMA, kami dapat BALA." Pemotongan REBAT ICPT menyebabkan bil elektrik NAIK!

Sabtu, 12 Disember 2015
Saya tidak terkejut apabila pimpinan Umno dari bahagian terbawah hingga teratas menyokong padu Najib Razak. Mana nak cari seorang negarawan yang begini: tauke Arab derma RM2.6 bilion kepada dia (bukan Umno), masuk akaun dia (bukan akaun Umno), tapi dia belanjakan semua itu untuk Umno. Payah nak cari seorang pimpinan agung yang maha jujur begini.

(Sumber: Laporan media menyebut DS Najib mengaku telah membelanjakan RM2.6 bilion untuk Umno, bukan untuk diri beliau sendiri)
 — withZahar JaaBob LenggongMafiaboss MelayuZar Ali and Dynn Chalice.
Nampaknya kita kena mula menghafal jalan-jalan sendiri untuk elakkan jam. Semalam di Parlimen, 2 orang Ahli Parlimen BN (Kuala Selangor dan Tenom) menggesa kerajaan mengkaji ancaman Waze ke atas keselamatan negara. Pulak dah! Yang jual aset elektrik kepada syarikat China (dan mengancam keselamatan negara) Najib Razakbukan Waze!

Bil elektrik akan naik lagi bermula 1 Januari 2016 gara-gara pemotongan subsidi bahan api olehNajib Razak. Baca penerangan saya bagaimana bil elektrik anda akan terkesan dan mohon sebarkan. Terima kasih PM, kamu dapat derma kami dapat bala!

PEMOTONGAN REBAT ICPT AKAN MENYEBABKAN BIL ELEKTRIK NAIK 2% SECARA PURATA

Keputusan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan rebat ICPT (Imbalance Cost Pass-Through) daripada 2.25 sen/kWj sebelum ini kepada 1.52 sen/kWj sebenarnya samalah dengan menaikkan tarif elektrik kerana kesan akhirnya adalah pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan (atau melebihi RM77 sebulan) akan menyaksikan kenaikan 2.2% ke atas bil elektrik setiap isirumah.

ICPT adalah rebat yang dikira setiap 6 bulan untuk memastikan sebarang penjimatan atau kenaikan kos operasi penjanaan elektrik ditanggung terus oleh rakyat. Jika ada penjimatan kerana kos bahan api menurun, maka ICPT menjadi rebat yang akan menurunkan bil elektrik. Jika sebaliknya (kos bahan api naik atau kos pembelian elektrik dari penjana bebas meningkat), ICPT menjadi duti tambahan kepada tarif sedia ada.

Dalam 6 bulan yang lepas, TNB telah menyaksikan penurunan kos sebanyak RM1.32 bilion akibat dari pengurangan penggunaan gas asli cecair (LNG), harga arang batu yang lebih murah di pasaran dunia dan operasi stesen janakuasa arang batu yang lebih cekap. Malangnya, penurunan kos ini direncatkan oleh kenaikan kos gas asli sebanyak RM560 juta akibat dari tindakan kerajaan menaikkan harga gas asli yang dijual kepada TNB dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU.

Akibat dari kenaikan kos gas asli itu, penjimatan telah dikurangkan dan rebat ICPT juga telah berkurangan sebanyak 32% (dari 2.25 sen/kWj kepada 1.52 sen/kWj). Ini bermakna setiap unit kWj elektrik selepas ini akan menjadi lebih mahal sebanyak 0.73 sen/kWj atau kenaikan purata 2.2%.

Kedua-dua keputusan iaitu menaikkan kos gas asli dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU dan mengurangkan rebat ICPT sebanyak 32% kepada 1.52 sen/kWj adalah keputusan Kabinet yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Perlu diingatkan bahawa keputusan menaikkan harga gas asli dibuat dalam keadaan harga pasaran minyak mentah dan gas asli dunia semakin turun. Ini bermakna dalam keadaan yang sepatutnya kos penjanaan elektrik semakin turun, kerajaan mengambil keputusan menaikkan harga gas asli semata-mata untuk meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi yang menjadi tunjang pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sebab itu sehingga kini rakyat Malaysia tidak menikmati sepenuhnya kebaikan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Harga petrol dan diesel kekal mahal kerana kejatuhan matawang ringgit akibat formula penetapan harga yang didasarkan kepada dollar Amerika Syarikat. Kini, kos elektrik yang ditanggung rakyat pula naik gara-gara program penghapusan subsidi yang menyebabkan kos gas asli meningkat walaupun secara umumnya harga minyak mentah dan gas asli semakin menurun di pasaran dunia.

Saya ingin bertanya kepada Saudara Khairy Jamaluddin sama ada beliau hadir dalam kedua-dua mesyuarat Kabinet yang membuat dua keputusan yang menaikkan harga gas asli dan kos elektrik yang ditanggung rakyat. Jika beliau hadir dan bersetuju, maka beliau juga perlu bertanggungjawab dan tidak mencuci tangan kononnya beliau telah bersuara menentang keputusan-keputusan kerajaan yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Tahun 2016 akan terus menyaksikan kenaikan harga barang selagi Dato’ Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 — with Zahar JaaRaja Mohd ShahrimDynn ChaliceAzura ManjaZar Ali,Cen Polo and Mafiaboss Melayu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena