Wednesday 23 December 2015

Kata UMNO biawak tapi Pas ular berkepala dua...Berundurlah Najib dan Hadi, 'Demi perpaduan Melayu'.

Khamis, 24 Disember 2015

Kata UMNO biawak tapi Pas ular berkepala dua

 | December 23, 2015
Demi perpaduan Melayu, Najib dan Hadi mesti berundur, kata Zam.
zam-hadinajib
PETALING JAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meletak jawatan kerana mereka tidak boleh menjadi asas perpaduan antara kedua-dua parti.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata langkah itu perlu kerana UMNO dan Pas dibawah dua pemimpin itu tidak lagi mewakili kesedaran baru orang Melayu dan penganut agama Islam yang mahukan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.
“Idealisme ini tidak boleh perkecilkan kerana boleh menjadi tsunami jika tidak diberikan perhatian. Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baru.
“Orang Melayu melihat gerakan kearah perpaduan Pas dan Umno sekarang ini lebih kerana dorongan kepentingan survival masing-masing berbanding dengan mimpi dan idealisme rakyat,” kata Zainuddin dalam muatnaik terbaru di blog beliau.
Menurutnya lagi, UMNO dan Pas kini sedang mengalami keruntuhan nilai ideologi masing-masing dan kedua-dua parti mendahulukan keselamatan kerusi dalam pilihan raya nanti mengatasi idealisma perpaduan dan agama.
“Kelemahan kepimpinan negara dan UMNO sejak Abdullah Badawi hingga kepada Najib telah meruntuhkan prinsip-prinsip negara yang sejak merdeka mengebarkan bendera kebijaksanaan dan kehormatan bangsa dan agama bermaruah.
“Ketamakan kuasa dan kebencian melulu Pas terhadap UMNO telah menjerumuskannya ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip-prinsip utamanya, penjualan maruah parti, (serta) bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamik.”
Disamping membidas kelemahan pentadbiran Najib memulihkan ekonomi negara serta pengendalian isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion, Zainuddin turut membidas sikap Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang digambarkannya sebagai angkuh.
“Tuan Ibrahim masih mendabik dada terhadap kebersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis. Dia melihat UMNO sebagai biawak tetapi tidak melihat diri Pas sebagai ular berkepala dua.”
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena