Tuesday 29 December 2015

Kecoh? Terkejut? Potongan PTPTN RM3,500 Sebulan? Tinggal RM19.45 aje...Nak makan apa?

Rabu, 30 Disember 2015

Demontrasi Mansuh PTPTN pada April 2012 lalu.
KUALA LUMPUR: Lebih 2000 hadir dalam Demonstasi Mansuh PTPTN di Ibu Negara hari ini. Ketika ini demonstran sedang menuju ke Dataran Merdeka.

Antara yang turut kelihatan dalam demonstran ini ialah Pengerusi SMM Safwan Anang, Bekas Pengerusi SMM, Ahmad Syukri, Adam Adli dan pimpinan mahasiswa.

Posted in: 
PerakKite Daily.


Contoh Slip Gaji Kakitangan Awam, Potongan PTPTN RM3,500 Sebulan?

slip gaji
Kecoh? Terkejut? Itu keadaan yang menghantui kalangan peminjam dan bekas pelanggan setia pinjaman PTPTN. Masing-masing terkejut, panik, marah apabila diri sendiri terkena potongan terus daripada pembayaran gaji mereka mellaui semakan slip gaji yang diterima mereka baru-baru ini.
Bagi Berita Semasa, tidak boleh salahkan PTPTN juga, konsep hutang. Sudah buat pinjaman, janganlah buat-buat tidak perasan yang kita pernah buat hutang melalui pinjaman PTPTN.
Tetapi jikalau potong semaksimum mungkin, Berita Semasa pun tidak bersetuju. PTPTN juga mestilah ada pertimbangan untuk survival anak-anak muda kita hidup pada bulan tersebut. Berpada dan berhati perutlah.
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, kalangan yang menerima tindakan potongan secara maksimum ini adalah dek kerana, apabila sudah keluar surat, tetapi tidak bayar saman. Apabila pemotongan dibuat ke atas gaji penjawat awam yang terlibat, habis semua yang tertangguh dari sebelum-sebelum ini dituntut semula oleh PTPTN seperti apa yang tertera di slip gaji maisng-masing selagi tiada perundingan terus anda dengan pegawai berkaitan selepas itu.

Cara Kurang Potongan Gaji Kakitangan Awam Pada Slip Gaji?

Ini cara PTPTN untuk suruh penghutang datang jumpa dan susun semula potongan tetap setiap bulan ke atas slip gaji anda selepas ini. PTPTN masih memberikan ruang dan peluang mendengar penjelasan daripada anda dengan datang terus ke pejabat PTPTN yang berhampiran dengan anda.
Kepada yang buat pinjaman PTPTN, jangan sampai tidak bayar langsung. Jikalau gaji sudah beribu-ribu begitu pun masih liat untuk bayar waima RM50 sekalipun sebulan (janji ada rekod pembayaran), itu pentingkan diri sendiri namanya.
Hutang tetap kena bayar. Kelak nanti generasi akan datang yang mahu sambung belajar susah pula jikalau tiada pinjaman akibat sikap peminjam terdahulu tidak balik langsung pinjaman pendidikan.
P/S : Buang sikap suka meminjam, apabila mahu bayar memang liat
slip gaji
slip gaji
slip gaji

Berita Semasa

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena