Wednesday 23 December 2015

Sultan Melaka Fans - Pahlawan Apa 'Kepala Bana'! Beli barang kat MARA DIGITAL tapi warranty mintak kat Plaza Low Yat?

Rabu, 23 Disember 2015
APA SUDAH JADI !!!.. Beli barang kat Mara Digital tapi warranty mintak kat Plaza Low Yat..

KAH !! KAH !! KAH !!

Inilah hasil kerja bidan terjun MAKAN TELUR PENYU..

PERHATIAN.. Admin dimaklumkan ada pihak/ peniaga2 di Mara Digital ingin nak saman SR kononnya luahan pengadu ini adalah fitnah semata2. Oleh itu kami di SR bersedia menghadapinya kerana kami juga ada bukti yg mana kiosk iD Wholesale Smartphone SEMEMANGNYA WUJUD di Aras 3 Mara Digital..

Merungkai Segala Fakta Menjawab Segala Fitnah

Di saat UMNO terdesak dan tertekan, inilah cara mereka..

BILA KENE TIPU PEMIMPIN, SEMUA SIMPAN TELUR 'PAHLAWAN'

Rusuhan di Kota Raya, lelaki kena penjara 4 hari


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM1,800 ke atas seorang penjaga tempat letak kenderaan selepas mengaku bersalah mengugut lima jurujual telefon bimbit di plaza berkenaan tiga hari lalu.
Lelaki itu didakwa mengugut untuk memecahkan kedai tempat kelima-lima mangsa bekerja di tingkat bawah kompleks itu di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur pada jam 5 petang, 20 Disember lalu.
Majistret Saifulakmal Said turut memerintahkan Khairuddin Arbi @ Omar, 38, dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lepas.
Sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Saifulakmal menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan di tempat awam berkenaan.
Tertuduh yang memakai baju T berwarna merah kelihatan tenang apabila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes pada Ahad lepas, polis telah menerima panggilan telefon memaklumkan ada berlaku pergaduhan berkaitan penjualan telefon di plaza berkenaan.
Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan tertuduh dan siasatan mendapati tertuduh telah mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan dan ancaman kepada mangsa.
Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah hanya menjatuhkan hukuman berbentuk denda dengan alasan tertuduh yang masih bujang dan mempunyai penyakit gaut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau selain telah insaf dengan perbuatannya.
"Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh, mohon mahkamah memberi peluang kedua. Tertuduh berjanji tidak akan mengulanginya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam dan kesan emosi yang dialami kesemua mangsa.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena