Friday, 11 December 2015

Majlis Presiden PH Kecam Kenyataan Rasis Najib..."Umno main isu perkauman alih skandal politik."

Sabtu, 12 Disember 2015



Umno main isu perkauman alih skandal politik, kata Pakatan Harapan 

Pakatan Harapan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno semalam, yang cuba memainkan api perkauman untuk mengalihkan perhatian berkaitan skandal politik yang sedang beliau hadapi. 

Satu kenyataan bersama telah dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, hari ini. 


Kenyataan itu menyebut antara lainnya Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan bahawa Keadilan, DAP dan Amanah menjunjung sepenuhnya peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah yang berkaitan dengan perkara penting berhubung kedudukan Bumiputera, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Muafakat itu telah pun ditandatangani bersama di dalam Buku Jingga dan telah dipiagamkan. 

"Oleh itu skandal politik yang sedang menekan Perdana Menteri tidak ada kena mengena dengan perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera. 

"Krisis yang melanda Umno sekarang hingga lunturnya sokongan rakyat kepada parti itu berpunca dari skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun Najib yang masih belum dijawab hingga kini," ujar kenyataan itu. 

Malah Najib dikatakan berhelah dan cuba bermain api perkauman bagi menutup skandal peribadi beliau, adalah sesuatu yang terkutuk dan merendahkan lagi kedudukannya di mata rakyat

"Sedangkan pentadbiran beliau jugalah yang merangka undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan baru-baru ini yang dilihat mencabar kuasa Yang Dipertuan Agong." 

Justeru kenyataan itu menyebut Pakatan Harapan menyeru supaya rakyat terutamanya dari kaum Melayu tidak terperangkap dengan permainan perkauman. 

"Kami yakin rakyat boleh membezakan permasalahan sebenar dan tidak akan terheret ke dalam permainan perkauman ini yang menjadi tali hayat terakhir, Perdana Menteri. 

"Pakatan Harapan akan terus menumpukan kepada isu-isu kepentingan rakyat seperti kos ssara hidup yang semakin meruncing, sistem percukaian yang tidak adil, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan menekankan tata kelola bagi membanteras rasuah yang berleluasa," ujar kenyataan itu. -malaysiadateline 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena