Monday 21 December 2015

''DRAMA' dah bermula 1M'sia dibodohkan! Jho Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB

Selasa, 22 Disember 2015

Pusing Sana, Pusing Sini.. akhirnya Jho Low dsebut harini sebagai wakil Raja Arab.. esok2 apa pula yer..

#1MDB SENTIASA MEMBUAT KEJUTAN DLM PROSES TRANSFORMASI RASIONALISASINYA...
Teka-teki #1MDB, siapa boleh jawab...

Zahid jumpa WAKIL PAK ARAB..
WAKIL PAK ARAB.. Jho Low

Siapa WAKIL PAK ARAB = ??? ???


Negara bukan Islam spt Korea Selatan yg mengamalkan politik integriti tinggi sejak 1998, jika pemimpin negara terpalit rasuah, mereka segera letak jawatan.. siasatan terbuka... TETAPI kenapa kat sini payah..??!!!

SEBABNYA.. Malaysia satu2nya negara kat dunia YANG ADA UMNO...


'Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB'

Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.
Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International.
"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.
"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.
"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.
"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena