Inilah perangai menteri UMNO. Bila dah terkantoi mulalah ckp berbelit2 nak perbetulkan kenyataan separuh akal..
MASIH INGAT kenyataan angkuhnya ttg #GST !!!
"HARGA BARANG BOLEH TURUN KERANA GST... Fuuhh satu kenyataan yg paling berani... HARGA BARANG TURUN KERANA GST"
Dengarlah kenyataan beliau ini.. https://goo.gl/rkeETa
Bila menteri ckp tak guna otak & xbuat kajian.. bagaimana yg ini, disuruhnya buat business online tp ada pekeliling kerajaan nak pantau saper2 buat bisness online...
Maksud Saya Berniaga Di Internet, Bukan Buat Dua Kerja, Kata Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan mendakwa kenyataannya mengenai “dua kerja” disalah tafsir kerana beliau bermaksudkan menceburi perniagaan atas talian.
Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata apa yang cuba dilontarkannya berniat baik namun disalah tafsir akibat laporan negatif media tertentu.
“Saya kata (selain) kerja sedia ada, buat perniagaan atas talian kerana rakyat Malaysia ini minat media sosial.
“Kadangkala ber-WhatsApp sampai jauh tengah malam. (Menggunakan) Facebook, Twitter dan lain-lain, tidak tahulah hasil apa yg mereka dapat itu?
“Alangkah eloknya kalau mereka belajar tentang e-dagang, dalam digital ekonomi ini boleh menambah pendapatan,” katanya dalam satu sidang media di Menara Matrade hari ini.
Warga media sosial hangat membicarakan kenyataan Ahmad di Twitter, menggunakan kata kunci #2kerja, selepas ketua penerangan Umno menyifatkan tidak janggal melakukan kerja kedua.
Ahli Parlimen Pontian menyifatkan beliau sendiri melakukan tiga kerja iaitu sebagai timbalan menteri, ketua penerangan parti dan ahli parlimen.
Ahmad hari ini mendakwa media memutar belit kenyataannya untuk mencetuskan kontroversi.
“Apa kata kalau kita spin sesuatu itu ke arah positif. Kalau kita spin suatu perkara ke arah negatif maka selamanya negatif dan kita tidak dapat mencapai apa-apa manfaat.
“Jadi janganlah apa saya cadang dilihat sudut negatif, harap dilihat dari sudut positif. Punca saya beri pandangan itu kerana saya lihat potensi online business ini,” katanya lapor The Malay Mail
Posted by Anak Sungai Derhaka
0 comments:
Post a Comment