Monday, 21 December 2015

[Video] Angkara Khianat - Kebakaran 6 Kereta Di Amcorp Mall

Isnin, 21 Disember 2015

letupan

Kebakaran 6 Kereta Di Amcorp Mall, Angkara Khianat - GAMBAR & VIDEO

PETALING JAYA – Kebakaran yang memusnahkan enam buah kereta di tempat letak kenderaan Seksyen 52, berhampiran Amcorp Mall di sini, tengah hari Isnin dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din, berkata pihaknya namun masih menunggu hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum membuat kesimpulan berhubung kebakaran itu.

“Kalau difikirkan secara logik adalah mustahil bagaimana enam buah kereta boleh terbakar dalam satu masa sekiranya berlaku kecuaian manusia atau masalah berkaitan elektrik sehingga berlakunya kebakaran.
“Namun kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dari semua sudut sebelum mengenal pasti punca utama kejadian ini,” katanya ketika dihubungi BH.
Bagaimanapun, beliau menafikan kebakaran itu ada kaitan dengan dakwaan berlaku letupan bom. Katanya, setakat ini beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat hingga berlakunya kebakaran berkenaan.
Dalam kejadian itu sekitar jam 12.50 tengah hari, dua daripada enam buah kereta iaitu jenis Toyota Vios dan Proton Wira dilaporkan musnah sepenuhnya.
Empat lagi kereta jenis Suzuki Swift dan Proton BLM terbakar 70 peratus, manakala sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda terbakar 20 peratus.
Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala yang tiba pada pukul 1.09 tengah hari dapat memadamkan api dalam masa hampir setengah jam. – BHarian Online




0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena