Perjuangan untuk menawan PUTRAJAYA di PRU14 mesti diteruskan...Usah dilayan karena pertelagaan politik...biarkan sajalah ...Yang penting teruskan perjuangan demi rakyat..!!!
Rakyat dah keliru... Perdana Menteri cuba memperbodohkan rakyat atau Perdana Menteri itu sendiri yang bodoh... - Rakyat keliru
Apa nk dirisaukan...gst dah kutip 30billion lebih...setakat usd 1million apa la sangat bagi 'penyamum'...
Najib dilihat semakin terdesak, dakwa AMK
KOTA BHARU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pelawaan kali kedua Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas seperti tindakan yang tertekan.
Ketua AMK negeri, Dr Hafidz Rizal berkata, kesungguhan itu dilihat hanya pada satu pihak sahaja dan BN seperti ‘berkeseorangan’, selain tidak mengikut saluran betul.
Menurutnya, Perhimpunan Agung Umno juga tidak jelas apabila hanya Najib sahaja yang berucap.
"Sepatutnya mereka kena selesaikan dahulu kesepakatan dalam BN sebelum mengorak langkah dalam isu bergabung dengan Pas.
“Najib seperti tertekan dan terancam. Beliau juga diserang bertubi-tubi oleh pimpinan Umno sendiri, jika benar nak bergabung jangan hanya ajak Pas, jemput semua parti pembangkang lain bagi membantu negara capai wawasan 2020 yang masih berbaki lima tahun," katanya kepada Sinar Harian.
Hafidz mengulas tindakan Najib yang sekali lagi mengajak Pas bergabung dengan parti itu dan kali ini hasrat itu disuarakan di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar.
Menurutnya, tindakan itu menampakkan Najib semakin terdesak untuk menarik perhatian dalam isu terbaru, di saat beliau dihimpit pelbagai kontroversi membabitkan isu derma RM2.6 bilion.
“Kalau nak bergabung ajaklah secara keseluruhan, jika begini macam ada yang tidak kena. Pas bagaimanapun memberikan respons cukup baik, di mana sentiasa menghormati PKR, menjaga keutuhan hubungan dalam PR,” katanya.
KDL.

0 comments:
Post a Comment