Sunday, 20 December 2015

Mengapa Ahli PAS takmau percaya Kerjasama PAS Umno? Neh disahkan Setiausaha Agungnya! Takmau percaya jugak?

Ahad, 20 Disember 2015

Kerjasama PAS Umno: Takkan kenyataan Setiausaha Agung pun ahlli PAS takmau percaya jugak?



Kalau kenyataan secara terbuka Setiausaha Agung PAS berkenaan kerjasama Umno PAS macam ni pun hangpa tak mau jugak terima aku rasa hangpa punya pengamatan politik memang wajar dipersoal, pasainya hangpa memang BANGANG.


TheMalaysianInsider melaporkan:
PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini. - TMI.
Aku mengandaikan bila Setiausaha Agung PAS buat kenyataan macam ni tentu benda ni dah dibincangkan dan dah diputuskan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat ataupun paling kurang dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat.

Ataupun mungkin jugak benda ni adalah pendirian Presiden PAS secara peribadi yang ada kuasa 'veto' dalam PAS yang Majlis Syura' bagi kuasa tu kepada Presiden PAS masa kecok isu pertukaran MB Selangor sebelum ni.

Yang pastinya takkan Setiausaha Agung berani nak memandai-mandai buat keputusan sendiri bagi pihak PAS sedangkan benda ni benda besar yang melibatkan bukan saja semua ahli PAS tapi juga penyokong PAS.

Aku yakin majoriti ahli dan penyokong PAS terutama sekali di peringkat akar umbi tak setuju dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS.

Terutama sekali kaum keluarga dan sanak saudara ahli dan pemimpin PAS yang dizalimi oleh regim Umno BN macam kes pembunuhan di Memali, kes pembunuhan Abdul Samad Gol, kes pembunuhan Osman Talid dan lain-lain kes lagi, aku tak rasa depa akan memaafkan Umno sampai bila-bila.

Malaysiakini pula melaporkan:

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada anggota parti itu berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Mkini.
Untuk kawan-kawan aku dalam PAS yang masih tak percaya yang memang ramai pemimpin PAS termasuk pemimpin tertinggi PAS memang nak sangat bergabung dengan Umno aku rasa hangpa patut fikir semula dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka.

Kalau kenyataan secara terbuka Setiausaha Agung PAS berkenaan kerjasama Umno PAS macam ni pun hangpa tolek mentah-menta, aku rasa hangpa punya pengamatan politik memang wajar dipersoal, pasainya hangpa memang BANGANG.

Lagi terserlah keBANGANGannya bila kenyataan Setiausaha Agung PAS tu dia buat pada majlis mesyuarat agung tahunan PERKASA satu NGO perkauman Melayu yang hampir semua ahlinya adalah ahli dan pemimpin Umno.

Cenangau.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena