Saturday 12 December 2015

Ucapan Penggulungan: Najib dijangka tumpu agenda perpaduan Umno-Pas hari ini – Analisis

Sabtu, 12 Disember 2015

PAU2015
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan memberi penekanan mengenai agenda pemerkasaan agenda keislaman dan juga perpaduan umat Islam dari aspek merentasi parti iaitu perpaduan antara Umno dengan Pas dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini. - Foto Bernama


Najib dijangka tumpu agenda perpaduan Umno-Pas hari ini – Analisis
KUALA LUMPUR, 12 Disember:
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan memberi penekanan mengenai agenda pemerkasaan agenda keislaman dan juga perpaduan umat Islam dari aspek merentasi parti iaitu perpaduan antara Umno dengan Pas dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata beliau membuat telahan tersebut berdasarkan sentimen dalam kalangan perwakilan yang ingin melihat berlakunya usaha untuk mendaulatkan dan memperkasakan Islam di negara ini.

shamsul
Prof Datuk Dr Samsul Adabi Mamat

Menurutnya, Najib sudah tentunya sedar akan sentimen yang wujud dalam kalangan perwakilan berkenaan dan sudah pasti beliau akan memperincikan daripada apa yang diucapkannya dalam ucapan dasarnya sebelum ini.
“Agenda penyatuan Umno dan Pas dan juga pemerkasaan Islam ini sudah pasti akan memberi sentuhan baharu dalam parti kerana ia amat penting dalam membolehkan Umno mendapat sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang.
“Oleh itu isu perpaduan antara Pas-Umno akan diperkemaskan daripada ucapan dasar dengan realiti sentimen dan kehendak yang telah ditonjolkan perwakilan yang mana ia akan diterjemahkan melalui respon dalam perbahasan usul kerana ia akan membantu mereka menang dalam pilihanraya akan datang iaitu sokongan Melayu Islam,” katanya kepada The Rakyat Post.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan USM, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain ketika dihubungi The Rakyat Post berpendapat akan lebih menumpukan kepada isu-isu semasa seperti kebajikan dan juga kenaikan tambang pengangkutan awam serta janji-janji Barisan Nasional (BN) sewaktu piliharaya umum lalu melibatkan kenaikan tol yang telah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin serta para perwakilan sayap dan juga negeri.

dr-ahmad-l-600x360
Profesor Dr Ahmad Atory Hussain

Ujarnya, isu berkenaan hangat diperkatakan oleh rakyat ketika ini sehingga menyebabkan mood para perwakilan juga agak tegang dan radikal sehinggakan ada di antara mereka memberi kritikan pedas ke atas dasar yang dilakukan oleh sebahagian menteri.
“Sudah pasti isu kebajikan dan ekonomi rakyat akan menjadi keutamaan kerana ia telah dibahaskan dan dikritik dengan agak keras dan ada perwakilan yang berani mengatakan keadaan pada hari ini seolah-olah menteri mahu mengajak rakyat makan nasi dengan kicap.
“Bagi saya ia adalah satu kritikan yang sangat dalam dan sudah pasti senario berkenaan akan menyebabkan Najib tidak akan membuat pengumuman yang besar tetapi sebaliknya memfokuskan supaya meminta ahli Umno bertenang,” tegasnya.
Bagi Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, UNiMAP, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam pula, beliau melihat Najib akan ke arah untuk menggesa kepada perpaduan Umno dan meminta ahli untuk menyatakan kesetian kepada parti serta menghormati pucuk pimpinan.

ramlah-M
Profesor Datuk Dr Ramlah Adam

Katanya, Najib sudahpun memberikan amaran yang jelas dalam ucapan dasarnya sebelum ini bahawa ahli Umno perlu menghormati pemimpin mereka dan sebarang ketidakpuasan dan perpecahan dalam parti harus diuruskan secara dalaman dan bukannya dibuat secara terbuka.
“Di samping menjawab isu berkenaan 1MDB, derma RM2.6 bilion, GST dan TPPA, Najib akan menggunakan peluang dengan hadirnya timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberitahunya secara berdepan.
“Mahu tidak mahu mereka kena menghormati Najib sebagai presiden parti dan dalam perlembagaan parti timbalan perlu membantu presiden manakala Tun Mahathir sebagai ahli perlu menghormatinya kerana beliau adalah pemimpin parti sekarang,” jelasnya kepada The Rakyat Post.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/12/najib-dijangka-tumpu-agenda-perpaduan-umno-pas-hari-ini-analisis/#ixzz3u66uhNve

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena