Thursday 24 December 2015

Kenapa dengan Umno boleh? Siapa yang mempermain-mainkan Kanun Jenayah Syariah 11(HUDUD).

Jumaat, 25 Disember 2015

Kenapa dengan Umno boleh bekerjasama tapi dengan parti lain kita tolak?

Oleh Abdul Fatah Bin Haron


Jangan cuba belajar menari dihadapan orang yg sudah mahir menari. Sepanjang sejarah perjuangan Pas di Malaysia Pas tidak pernah menentang sabrono kebaikan yg dibuat oleh umno.

TAPI apa yg terjadi sebaliknya umnolah yg sentiasa menentang dan membangkang segala program Pas walau pun paling baik disisi Allah Taala, contoh yg terbaru ialah mempermain mainkan Kanun Jenayah Syariah 11(HUDUD).

Pemimpin Pas tak perlu menyusahkan diri mengarah ahli dan penyokong Pas supaya menyokong kebaikan yg dibuat oleh parti lawan(umno).

ARAHLAH ahli dan penyokong Pas supaya patuh dan taat serya memberi tumpuan dan kerjasama segala program yg dibuat dan dianjurkan oleh parti kita(PAS) disetiap peringkat.

Kenapa hanya kebaikkan yg dibuat oleh umno kita hendak beri kerjasama sedangkan kebaikan yg dibuat oleh parti2 politik yg lain kita tolak bulat2.


Apakah parti yg ada kepentingan dengan kita sahaja kita memberi kerjasama dalam kebaikan sedang parti2 politik lain yg tidak ada kepentingan dengan kita kita abaikan mereka diatas segala urusan walau pun terdapat sekangkang kera kebaikan.

Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas olih orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq.

Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan agenda peribadi(BERBODEK).

Perubahan landskap politik Pas bukan terletak diatas perubahan uslub/aproach/pendekatan yg dibuat olih Pas tetapi sikap dan pandangan politik pemimpin pas itu sendiri menjadi asas perubahan landskap politik sebenarnya.

Maju mundur sesuatu parti tinggi rendah marwah dan martabat pemimpin terletak diatas stratiji yg tepat didalam mengatur sesuatu perancangan kehadapan.

Sekali lagi saya terpanggil untuk menyeru pemimpin Pas supaya menyatu tenaga menumpu kekuatan Pas dan jangan cuba membuat sesuatu yg boleh melemahkan semangat juang ahli dan penyukung Pas diperingkat akar umbi.

Kepada Pemimpin kerajaan teruskanlah usaha pendekatan dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan(G TO G). Selagi boleh menguntungkan rakyat.
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena