Sunday, 2 October 2016

[Video] Dato Husam ulas isu ekonomi...Tindakan Jamal malukan Umno, pupuk budaya samseng, kata veteran.

Isnin, 3 Oktober 2016


Ustaz Hj Hashim Muhammad, Bekas Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Pengkalan Chepa menyertai AMANAH bersama sebilangan besar penduduk Kg Sabak. Majlis penyerahan borang diadakan di Majlis Dialog & Santai Pagi bersama YB Dato Hj Husam Musa.

Tindakan Jamal malukan Umno, pupuk budaya samseng, kata veteran

 | October 2, 2016
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos dikecam kerana mengganggu program konvoi aman Bersih.
Datuk-Hamidah-Osman
PETALING JAYA: Tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mengganggu program konvoi aman Bersih dilihat sebagai memalukan nama baik parti dan memupuk budaya samseng.
Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman berkata seorang pemimpin tidak sepatutnya mengajak pengikut mengasari program rakyat.
“Jamal adalah pemimpin Umno bahagian dan menunjukkan contoh yang tidak baik. Pada saya ini amat memalukan ketua Umno di seluruh negara kerana mempunyai rakan sejawat bertaraf samseng,” katanya kepada FMT.
Beliau mengingatkan Jamal juga pernah menganjurkan tunjuk perasaan, yang berlangsung tanpa gangguan daripada pihak lain.
“Saya tengok Umno sendiri sedang memupuk budaya samseng. Pada saya Bersih semalam menjalankan program secara aman dan sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai hak untuk buat program asalkan tidak menyalahi undang-undang,” tambahnya.
Bersih 2.0 mengadakan konvoi seluruh negara bagi menarik sokongan orang ramai dan memberi penerangan berhubung tuntutan mereka sempena himpunan aman Bersih 5 19 November nanti, iaitu mendesak reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sewaktu konvoi melalui Teluk Intan, Perak semalam, berlaku pergelutan antara aktivis Bersih dan aktivis Gerakan Baju Merah pimpinan Jamal.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mendakwa kekecohan berlaku kerana Jamal mengasari aktivisnya manakala Jamal mendakwa aktivis Bersih menolak mereka dahulu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak merestui tindakan Jamal.
“Adakah perdana menteri merestui kegiatan mereka? Adakah Umno setuju dengan tindakan itu? Mereka adalah orang Umno, pemimpin Sungai Besar. Mereka kacau konvoi yang aman,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Star Online melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Yahaya Hassan mengesahkan tiada tumbukan dilepaskan dalam kejadian itu.
Polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang memulakan provokasi dan tindakan akan diambil terhadap mereka.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena