Monday 17 October 2016

[Video] "Jamal, siapa bagi (duit)?" soal Tun M..."Saya pun nak hadir".

Isnin, 17 Oktober 2016

Memahami tuntutan Bersih 5

Walaupun himpunan Bersih bakal berlangsung buat kali kelima 19 November depan sejak bermula buat kali pertama pada tahun 2007, malangnya masih ada pihak yang gagal memahami tujuan utama himpunan rakyat ini diadakan dan terus menerus membuat tohmohan buruk dan tidak berasas kepada penganjur dan pada himpunan demi kepentingan peribadi dan penguasa.
Menuduh himpunan Bersih seumpama “Arab Spring” misalnya, merupakan satu tuduhan liar yang dibuat tanpa asas pengetahuan yang benar mengenai himpunan itu sendiri, setiap pihak terutamanya pemimpin parti politik seharusnya lebih cermat dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang akan dianggap bodoh oleh pemerhati dan pihak lain.
Untuk itu, saya minta para penyokong, juga penentang Bersih memberikan sedikit masa membaca, apa sebenarnya Himpunan Bersih 5 dan mengapa ia dianjurkan.
Bagi yang menyokong,akan faham dan mengerti mengapa anda menyokong Bersih, dan bagi yang menentang untuk mengelakkan anda menentang sesuatu yang tidak kena mengena dengan Bersih kerana kurangnya maklumat yang tepat tentang Bersih yang anda peroleh.
Bersih 5 kali ini membawa lima  tuntutan utama, yang mana ia melibatkan kepentingan negara dan tidak akan merugikan mana mana pihak melainkan yang mendapat faedah dari kerosakan dan kebobrokan sistem yang ada.
Tuntutan pertama Bersih 5 adalah “Pilihan Raya Bersih”. Walaupun sejak tahun 2007 lagi Bersih telah menuntut kepada pilihan raya yang bersih dan adil, namun sehingga hari ini, masih lagi terdapat kelompangan besar dalam sistem pilihan raya sedia ada yang kekal membantu memberi talian hayat kepada Umno-BN untuk kekal memerintah. Jadi Bersih 5 menuntut agar sistem pilihan raya diperbaiki, supaya hak rakyat dalam memilih parti pemerintah akan terpelihara.
Antara perubahan yang ditekankan oleh Bersih melalui agenda reformasi sistem pilihan raya adalah, yang pertama untuk mempertahankan hak mengundi termasuklah menuntut agar usia layak mengundi diturunkan, membekalkan dakwat kekal yang berkualiti, tempoh berkempen yang panjang serta pendaftaran pengundi secara automatik. Bersih juga menuntut agar persempadanan semula kawasan pilihan raya harus dilaksanakan berlandaskan prinsip dan tujuan asas perlembagaan negara selain memberikan akses media yang adil kepada semua parti politik yang bertanding.
Bersih turut menuntut akta akta pilihan raya bagi memperkasakan SPR agar mampu menjalankan tugas dengan lebih adil dan saksama. Bersih juga mengesa agar ditubuhkan peraturan tentang pembiayaan dana politik, laporan terbuka, had perbelanjaan serta mengukuhkan penyeliaan dan perguatkuasaan SPR dalam menjalankan proses pilihan raya.
Tuntutan kedua  adalah “Kerajaan Bersih” iaitu meliputi pengasingan kuasa eksekutif,perundangan, dan kehakiman agar dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkepentingan. Bersih turut menuntut agar berlaku disentralisasi kuasa eksekutif disemua peringkat termasuklah melarang Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan selain pengistiharan aset secara terbuka oleh jemaah menteri dan penjawat awam kanan.
Tuntutan ini turut meliputi pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya ,sekali lagi untuk mengelakkan campur tangan yang tidak wajar mana mana pihak berkepentingan. Suruhanjaya – suruhanjaya penting seperti SPRM, dan PDRM harus bertanggungjawab terus kepada parlimen disamping menggubal dan melaksanakan undang undang kebebasan maklumat diperingkat negeri dan nasional.
Adalah penting untuk tuntutan ini dipenuhi dan dilaksanakan agar kerajaan dapat memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap institusi terbabit bahkan kepada kerajaan itu sendiri setelah sebelum ini ternyata institusi terlibat telah gagal menangani beberapa isu besar negara termasuklah salah urus skandal 1MDB,dan masalah rasuah yang berleluasa yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat.
Tuntutan ketiga adalah “Perkukuh Demokrasi Parlimen” dimana wakil pembangkang dan kerajaan perlu diberi ruang dan peluang yang sama untuk mendebatkan dan mencadangkan undang undang dan dasar dasar awam supaya pertimbangan yang sewajarnya dapat diberi kepada hal hal yang melibatkan kepentingan rakyat. Diantara agenda perubahan yang ditekankan dalam tuntutan ini adalah untuk meningkatkan bilangan jawatankuasa parlimen untuk menambah baik kualiti penggubalan undang undang dan pengawasan kerajaan. Penetapan agenda dalam parlimen haruslah bersifat multipartisan dan inklusif serta memperuntukkan masa perdebatan untuk isu yang dibawa pihak pembangkang.
Tuntutan keempat  adalah hak untuk membantah, lebih separuh abad Malaysia merdeka, namun malangnya tiada pembaharuan jelas dalam soal memberi ruang kepada rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap parti pemerintah, tidak hairanlah ramai individu yang cuba bersuara dan mengkritik pemerintah akan disiasat dan didakwa dibawah akta akta drakonian seperti akta hasutan, oleh itu Bersih 5 membawa usul agar meminda akta akta yang mencekam rakyat dari bersuara seperti Akta Polis 1967, kanun keseksaan, Akta Keterangan 1950 dan seumpamanya. Manakala akta akta yang represif seperti Akta Hasutan 1948, SOSMA,POCA dan seumpamanya turut dimansuhkan bertujuan untuk mengelakkan salahguna demi kepentingan politik penguasa.
Bersih juga menuntut agar sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ditubuhkan bertujuan untuk membendung salahlaku pihak polis sekaligus mengukuhkan akuantabiliti awam.
Tuntutan kelima adalah “Memperkasa Sabah dan Sarawak” . Rekod pilihan raya Negeri Sarawak yang berlangsung tahun ini menyaksikan sogokan dan penyalahgunaan kuasa dan aset kerajaan  secara berleluasa demi mengekalkan penguasaan parti pemerintah yang jelas sangat tidak adil dan merugikan rakyat, tambahan lagi dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lepas dilakukan dengan berat sebelah dan peningkatan bilangan kerusi yang sangat tidak wajar berlaku semata mata untuk kelangsungan jangka hayat parti pemerintah. Sekiranya tindakan seumpama ini tidak dibendung, tuntutan untuk autonomi Sabah dan Sarawak tidak akan tercapai bahkan akan memburukkan lagi penjajahan dalaman dan eskploitasi oleh golongan elit dari peringkat persekutuan dan negeri.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan situasi yang sama berlaku di Sarawak turut terjadi di Sabah, Bersih menuntut agar proses persempadanan semula yang adil dan berakauntabiliti harus dilaksanakan di Sabah serta menuntut agar dihapuskan pembelian undi, sogokan, dan penyalahgunaan aset kerajaan dalam pilihan raya umum dan negeri (Sabah) yang akan datang. Rakyat Sabah dan Sarawak juga berhak mendapatkan maklumat yang lebih baik dan cukup dengan memberi kebebasan berkempen dan akses media kepada semua parti bertanding.
Jelas bahawa segala tuntutan Bersih kali ini adalah untuk mengukuhkan sistem demokrasi dalam negara , dan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi institusi berkaitan, bukanlah bertujuan untuk merampas kuasa secara kudeta, kalau benar itu rencana BERSIH, maka bukan Kuala Lumpur yang akan menjadi lokasi himpunan sebaliknya lapangan terbang ataupun stesen telivisyen.
Waraslah wahai pemimpin politik, waraslah wahai pengampu penguasa, himpunan kali ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, “morally right to do” di saat negara berada dalam kancah kekotoran rasuah dan salah guna kuasa, kita berhimpun untuk menyatakan kepada dunia bahawa kita rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama tidak bersetuju dengan apa berlaku dan kita enggan berdiam diri sahaja,seumpama syaitan bisu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena