Saturday 1 October 2016

[Video] #KonvoiBersih Wan Azizah has a message for PAS...Pelancaran konvoi BERSIH di KB meriah & Wan Azizah naik 'teksi'.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Wan Azizah naik 'teksi' di Kota Bharu simbol pelancaran Bersih 5

Wan Azizah mengepalai perarakan 'teksi' di pelancaran Bersih 5 di Kota Bharu
Wan Azizah mengepalai perarakan 'teksi' di pelancaran Bersih 5 di Kota Bharu
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diarak dengan 'teksi' (panggilan untuk beca di Kelantan), sebagai simbolik pelancaran (flag off) konvoi Bersih 5 peringkat negeri Kelantan.
Konvoi berkenaan akan berkembara ke seluruh negeri Kelnatan sebelum menghantar obor ke sempedan negeri Terengganu. 
Sebelum itu ketika berucap, Wan Azizah berkata rakyat Malaysia harus malu dengan sistem pilihan raya kita yang penuh dengan kesamaran dan penyelewengan.
"Saya sendiri bila berada di luar negara berasa malu nak mengaku wakil rakyat Malaysia kerana semua orang mencemuh sistem kita yang tidak adil.
"Semua rakyat tanpa mengira parti mesti ikut serta menuntut pilihan raya bersih ini kerana bila ada pilihan raya bersih barulah rakyat mendapat hak mereka tanpa penipuan dan penyelewengan," katanya.
Kumpulan konvoi Penarik Beca juga tidak ketinggalan menyertai bersama Konvoi Bersih 5 hari ini.Kumpulan konvoi Penarik Beca juga tidak ketinggalan menyertai bersama Konvoi Bersih 5 hari ini.
Malaysia Dateline

Pelancaran konvoi BERSIH di KB meriah

Pelancaran konvoi BERSIH 5 di Kota Bharu, Kelantan meriah apabila ia dihadiri kira-kira 300 orang yang menyertai sambutan berkenaan.
Orang ramai mula berkumpul di sekitar Padang Bank kira-kira jam 8.30 pagi dengan mengenakan baju-T berwarna kuning.
Malah acara pagi ini juga turut dimeriahkan dengan 10 buah beca yang dihiasi dengan perhiasan berwarna kuning.
Pada kira-kira jam 9 pagi, Pengerusi BERSIH, Maria China Abdullah tiba dan diikuti pula dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Sepuluh minit selepas itu, Maria dan Wan Azizah sambil diiringi pimpinan PKR negeri serta penyokong mula berjalan menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai.
Acara kemudian disambung dengan para pimpinan termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menyampaikan ucapan sebelum simbolik pelancaran konvoi iaitu nyalaan obor dilakukan.
Ketika berucap Maria menyeru supaya orang ramai menyokong tuntutan BERSIH yang mahukan pilihan raya adil dan bersih lebih-lebih lagi apabila persempadanan semula telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selain itu, Husam pula ketika ditemui pemberita berkata, orang ramai terutama daripada bangsa Melayu patut menyokong BERSIH 5 walaupun tanpa PAS.
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini ialah melakukan perubahan terutama pada pucuk pimpinan negara.
"Kita tak boleh berhenti untuk melakukan perubahan terhadap Malaysia kerana PAS. Ada PAS atau tidak (dalam himpunan BERSIH 5), orang Melayu patut turun.
"Malaysia sangat-sangat memerlukan perubahan. Kalau PAS sertai, Alhamdulillah, kalau PAS tak sertai pula orang Melayu kena juga datang untuk menyokong," katanya.
Perhimpunan BERSIH 5 ditetapkan pada Sabtu, 19 November depan dengan bertemakan "Satu Tenaga, Malaysia Baru!".
Himpunan itu antara lainnya meminta rakyat Malaysia bersatu padu dan membuat pendirian bagi melawan "rasuah besar" dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia.
Selain di Kota Bharu, turut diadakan pelancaran konvoi sama ialah di Lumut Perak yang dihadiri aktivisi Hishamuddin Rais, Kangar Perlis oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Datuk S Ambiga yang berada di Johor Baru, Johor.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena