Saturday, 1 October 2016

[Video] Samseng baju merah (bodo@dedak) rentap bendera BERSIH..."Geng Baju Merah bertindak liar".

Ahad, 2 Oktober 2016

Geng Baju Merah bertindak liar koyak bendera Bersih 5, tendang kereta

Koordinator Bersih 5 Jay Jay Denis (duduk tiga dari kiri) selepas sidang media diadakan  di Pusat Khidmat Amanah, Teluk Intan petang tadi.
Koordinator Bersih 5 Jay Jay Denis (duduk tiga dari kiri) selepas sidang media diadakan di Pusat Khidmat Amanah, Teluk Intan petang tadi.
Tidak cukup dengan maki hamun, kumpulan penyokong Merah V2 atau Geng Baju Merah, didakwa mula bertindak liar apabila sanggup menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta  terbalikan dan mengoyak bendera Bersih 5 dalam satu kejadian di Perak.
Saksi kepada kejadian berlaku adalah Koordinator Konvoi Bersih 5 Perak, Jay Jay Denis mendakwa, geng baju merah tiba di Marine Wings Waterfront pada jam 9.30 pagi dan mula membuat kecoh dengan melemparkan kata-kata kesat terhadap pimpinan dan penyokong Bersih 5.
"Kami anggarkan 100 geng baju merah menaiki motorsikal dan kereta sengaja buat kacau dengan memaki hamun kami tahap maksima ketika kami masih berkumpul di Marine Waterfront di Lumut," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Sepanjang perjalanan dari Lumut ke Ayer Tawar, Jay Jay berkata, konvoi dari awal yang disertai lebih kurang 300 penyokong itu terpaksa berpecah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku membabitkan dua pihak apabila geng Baju Merah bertindak liar.
Dalam perjalanan dari Lumut ke Seri Manjung hingga ke Air Tawar, kumpulan bermotorsikal dipercayai mengekori tiga buah kereta yang mana penumpannya dinaiki oleh pemimpin politik dan penyokong Bersih 5.
"Dari Lumut kami akan menuju ke Seri Manjung dan Air Tawar, kereta  saya, kereta dinaiki Nizar, Tian Chua dan Hishamuddin Rais  telah ditendang dan cermin kereta ditumbuk oleh penyokong  Baju Merah yang menaiki motosikal mengekori konvoi kami.
"Mereka bertindak liar dan seakan sudah  mengecam kereta yang dinaiki kami. Mereka sengaja mahu mengertak," ujarnya menceritakan peristiwa berlaku.
Bagaimanapun Jay Jay  amat kesal kerana polis gagal bertindak menghalang perbuatan geng Baju Merah.
" Sepanjang laluan  ada ramai polis dan SB (Special Branch) mereka ada merakam video dan ambil gambar kejadian berlaku tetapi mereka tidak bertindak menghalang apa yang dilakukan geng Baju Merah.
"Sepatutnya polis bertindak ketika jenayah sedang dilakukan bukannya nak tunggu aduan baru mahu bertindak. Itu tak masuk akal," ujarnya.
Jay Jay juga memaklumkan beliau telah diberitahu, bahawa pihak polis akan memanggilnya untuk memberikan kenyataan terhadap kejadian  yang dilakukan oleh geng Baju Merah hari ini.
"Saya tidak akan buat laporan polis, kerana saya percaya polis mempunyai bukti rakaman yang mereka lakukan. Tetapi saya dimaklumkan oleh OCPD Seri Manjung saya akan dipanggil untuk beri keterangan.
"Kenapa kami yang mahu berhimpun aman ini pula di siasat lebih awal berbanding geng Baju Merah yang memulakan kacau bilau di lokasi yang kami lalui hari ini?," soalnya  yang sudah tiba di Teluk Intan ketika dihubungi.
Konvoi Bersih 5 yang bermula di Marine Waterfront  Jeti Lumut  dijangka akan berakhir di Teluk Intan dan beliau berkata akan mengadakan sidang media untuk menerangkan perkara yang berlaku ini.
Dalam satu kenyataan berasingan Merah V2 diketuai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos berkata dalam sidang medianya di Setiawan tengahari tadi memberitahu dianggarkan 2,000 penyokong geng Baju Merah berkumpul ini dakwanya, membuktikan rakyat menolak Bersih 5.
Jamal juga memberitahu  seperti di petik portal Kitaikini,  bahawa konvoi Bersih 5 di beberapa kawasan melibatkan beberapa buah negeri turut berjaya dihalang Merah V2.
Katanya,kejayaan Merah V2 akan dijadikan sebagai pembangkit semangat untuk terus menghalang kempen Bersih 5 sehingga perhimpunan besar pada 19 November ini selagi ianya tidak mendapat kelulusan dan permit daripada pihak polis.
Dalam hal ini Jay Jay berkata Konvoi Bersih 5 di Perak sudahpun mendapat kelulusan dan permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Manjung pada Khamis lalu.
Aksi Datuk Jamal Md Yunos  (dua dari kiri) ketika mengadakan sidang media bercakap sambil terbalikkan bendera Bersih 5 di Setiawan hari ini.
Aksi Datuk Jamal Md Yunos (dua dari kiri) ketika mengadakan sidang media bercakap sambil terbalikkan bendera Bersih 5 di Setiawan hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena