Saturday 1 October 2016

[Video] Insiden kecoh Jamal (Umno Sg Besar) dengan konvoi BERSIH 5 di Teluk Intan..."Tolak parti mesra BN".

Ahad, 2 Oktober 2016

Beri isyarat kepada rakyat supaya tolak parti mesra BN

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Amanah Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Amanah Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan mesti memberi isyarat kepada rakyat agar menolak parti yang tidak mahu bersama-sama mereka menentang Umno Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat mesti diberi isyarat bahawa parti yang tidak mahu bersama-sama dalam Pakatan Harapan adalah parti yang mahu bersama Umno BN.
"Jika kita mahu menang dan sampai ke Putrajaya ada satu syarat iaitu satukan tenaga untuk jatuhkan BN dalam PRU akan datang.
"Parti yang tak mahu bersatu dalam Pakatan Harapan kita kena hantar isyarat kepada rakyat merekalah yang bersama Umno," katanya ketika berucap dalam program Ceramah Kemuncak Setahun Amanah di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada Pas yang enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan dalam mencapai matlamat satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14.
Beliau sebelum itu berkata, Pas dahulu mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi dan mempunyai cawangan yang banyak khususnya di Kelantan.
Namun selepas parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat, ia dilihat semakin lemah dan hilang sokongan.
"Parti sejarah saya, dulu kuat di akar umbi, ada cawangan yang banyak khususnya di Kelantan tapi bila kita berseorangan kita tak akan menang," katanya.
Beliau dalam pada itu merakam ucapan penghargaan kepada DAP dan PKR yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kelahiran Amanah sehingga mencapai umur setahun.
"Saya minta kita memberi penghargaan yang sebanyaknya kepada PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau terpenjara tapi mesej yang disampaikan begitu bermakna buat kita.
"Kita menyatakan terima kasih kepada DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng yang memberi dokongan kepada Amanah.
"Tanpa bantuan mereka dan NGO yang bersama kita seperti Bersih Amanah tak boleh sampai kepada definisi hari ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena