Saturday, 1 October 2016

[Video] 'BERSIH bukan Cina, jangan main perkauman'...Amanah, DAP galas hasrat rakyat menentang korupsi BN.

Ahad, 2 Oktober 2016

Amanah, DAP galas hasrat rakyat menentang korupsi BN

Parti Amanah Negara (Amanah) bukannya khadam kepada DAP sepertimana yang sering didakwa oleh mereka yang prejudis terhadap perjuangan yang mampu membawa perubahan besar menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Sebaliknya Amanah bersama DAP adalah atas dasar prinsip perjuangan yang sama bagi menentang korupsi dan penyelewengan yang telah sebati dalam kepimpinan kerajaan Umno dan BN sekarang.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Cawangan-Cawangan Parti Amanah kawasan Parlimen Parit Buntar yang disempurnakan oleh Presiden, Mohamad Sabu.
"Selamatkan negara dari kerakusan kuasa dan penyelewengan serta membela nasib rakyat adalah matlamat utama kita.
"Siapa saja yang bersekongkol dengan Umno dan BN sebagai pemerintah yang terbukti melakukan banyak kezaliman, tidak harus diberi sokongan.
"Atas keyakinan inilah, pimpinan Amanah Parit Buntar mengambil pendekatan terbuka sehingga sokongan terhadap Amanah semakin mencambah, " katanya lagi.
Tegasnya lagi, kini bukan saja ahli PAS telah menyertai Amanah, tetapi sudah ada golongan yang tidak pernah menyertai mana-mana parti turut menyerahkan borang menjadi ahli Amanah.
"Ramai yang menyerahkan borang masuk Amanah adalah orang-orang Umno yang sudah meluat dan menyampah dengan Umno.
"Tidak kurang juga yang sudah tidak rela melihat parti berjenama Islam yang sering dikumandangkan, sebaliknya berkilblatkan Umno kini.
"Rakyat kini mendapati Amanah merupakan Parti Islam yang progresif dan inklusif merentasi semua kaum dan agama serta mampu memberi pembelaan yang sewajarnya, " jelasnya lagi.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut berkata, Amanah tidak pernah menolak kepimpinan Melayu, sebaliknya menolak kepimpinan Melayu yang rasuah dan korup sepertimana yang sedang dipraktikkan oleh Umno dan BN.
"Dulu kita kata PAS dengan Umno tidak boleh duduk semeja, tapi kini dah boleh cuit mencuit.
"Mereka dah boleh kejip mata antara satu sama lagi.
"Lebih menarik apabila mereka sama-sama sedondon dan sehati sejiwa, " tambahnya lagi.
Malah katanya, lebih merbahaya apabila ada yang bertopengkan atas jenama Islam, tetapi menjadi syaitan bisu yang tidak berani menegur kemungkaran di hadapan mata.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena