Tuesday, 1 November 2016

[Video PAHANG DALAM BAHAYA?] Umno campak baldi, DAP kutip serah pada PKR Pahang.

Rabu, 2 November 2016





Umno campak baldi, DAP kutip serah pada PKR Pahang

 | November 1, 2016
Exco Selangor berkata negeri yang ditadbir kerajaan BN juga mengalami masalah catuan air, sementara masalah bekalan air di Selangor berjaya diselesaikan.
sekinchan
SHAH ALAM: Adun DAP mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Umno yang mencampakkan baldi dan botol air di depan pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini.
Adun Sekinchan Ng Suee Lim berkata semua baldi yang dicampak itu sudah dikutip dan diserahkan kepada negeri lain yang mengalami masalah air.
“Pemuda Umno campak baldi tanda protes kononnya tiada air. Sekarang ini kita dapati Johor dan Pahang tiada air. Ada kawasan yang mengalami catuan sehingga 6 bulan pun ada.
“Isunya ialah di kawasan mereka (Barisan Nasional) banyak masalah,” katanya kepada pemberita di lobi DUN Selangor.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sekumpulan Pemuda Umno yang mengadakan protes di depan Bangunan SSAAS pagi tadi.
Sebahagian daripada kira-kira 200 orang diketuai Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah bertindak membaling baldi dan botol air ke dalam kawasan bangunan sambil cuba merobohkan pagar besar, selepas berarak dari Bangunan Perangsang di pusat bandar Shah Alam.
Pada masa sama, Ng mendakwa masalah air di Selangor sudah diselesaikan oleh kerajaan negeri.
Susulan itu, Ng hari ini bersama exco Selangor daripada PKR, Elizabeth Wong menyerahkan sebahagian baldi yang dikutip itu dan diberikan kepada wakil PKR Pahang.
“Kita ambil baldi yang dicampak itu dan serah kepada wakil Pahang. Baldi ini diharap dapat dimanfaatkan di Johor dan Pahang untuk simpanan bekalan air semasa catuan dilaksanakan.
“Saya juga nasihat kepada Umno supaya balik ke negeri mereka dan pastikan air mencukupi. Jangan sampai ada catuan dan jangan politikkan isu air,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena