Saturday 19 November 2016

[Video] Ucapan PENUH Mahathir di Himpunan BERSIH 5 MengHENTAM Tindakan Najib & Pas ingatkan kerajaan jangan salah guna Sosma untuk politik.

Ahad, 20 November 2016

KENAPA kumpulan Baju Merah yg berarak tutup muka, bawa kayu dan buluh semasa perarakan semalam ??!!

SIAPA TIRU SIAPA ??!!
Banding kan kedua2 akhbar ni yg mn pemakan dedak..???

Pas ingatkan kerajaan jangan salah guna Sosma untuk politik

 | MALAYSIA DATELINE
 Maria ditahan di pejabat Bersih di Petaling Jaya pada Jumaat lalu
Maria ditahan di pejabat Bersih di Petaling Jaya pada Jumaat lalu
Pas mengingatkan kerajaan agar tidak menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi tujuan politik.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas mengenai penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah akta itu berkata ia adalah tidak betul dan keterlaluan.
"Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak seperti ISA, Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maria ditahan di pejabat Bersih di Petaling Jaya pada Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 selepas polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabatnya.
Turut ditahan, pegawai sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh Karpal.
Penahanan di bawah Sosma membolehkan beliau ditahan sehingga 28 hari.
Tuan Ibrahim berkata, kerajaaan tidak harus mengulangi kesilapan ketika menggunakan Sosma terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathhias Chang kerana melaporkan isu 1MDB.
"PAS konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salahguna kuasa terhadap sesiapa pun.
"Oleh itu, PAS menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria Chin dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena