Thursday 24 November 2016

[Video] ISRAEL TERBAKAR sejak Selasa dan hingga hari ini (25/11/2016), Aazan in Israeli parliament...Pas Selangor nafi PJ mereka tikam Hadi dari belakang.

Jumaat, 25 November 2015


Image result for Pas selangor

Pas Selangor nafi pesuruhjaya mereka tikam Hadi dari belakang

Pas Selangor menafikan laporan sebuah blog yang mendakwa berlaku pertembungan antara pesuruhjaya mereka, Datuk Iskandar Samad dengan pucuk pimpinan Pas Pusat lain.
Menurut Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif, mereka memandang serius fitnah itu dan bersatu dibawah kepimpinan Iskandar Abdul Samad.
"Hala tuju Pas Selangor jelas dan seiring dengan Pas Pusat. Selain itu, seluruh ahli Pas yakin dengan integriti barisan pimpinan Pas Selangor," katanya.
Bagi beliau, artikel tersebut hanya mengandungi telahan-telahan tidak berasas dari sumber maklumat yang diragui.
Prasad Hanif, Ketua Penerangan Pas Selangor.Prasad Hanif, Ketua Penerangan Pas Selangor."Pas Selangor akan berbincang tindakan seterusnya yang akan diambil manakala ahli Pas dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan mainan media yang sarat dengan fitnah dan tuduhan serta adu domba," katanya.
Laman Malaysia Today hari ini melaporkan sebuah blog, My Massa yang mendakwa Iskandar tidak akur dengan arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membelakangi dan ‘menikam dari belakang’ presiden parti Islam itu.
Menurut laporan itu, krisis dalaman itu semakin memuncak sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Iskandar dan sesetengah Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas pusat dalam mesyuarat parti itu pada 14 Nov di ibu pejabat Pas, Kuala Lumpur.
“AJK Pas pusat tidak berpuas hati dan bimbang Iskandar bakal mengkhianati Pas dengan berpihak kepada PAN (Amanah) Selangor.
“Ini berdasarkan kenyataan-kenyataan Iskandar sebelum ini tidak sependapat dengan Presiden Pas, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang, antaranya mendesak Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan agar parti Islam itu kekal menang dan memerintah Selangor pada PRU 14,” dedah satu sumber dalaman, lapor blog itu.
Sumber dalaman itu berkata, pertikaman lidah itu bermula sebaik sahaja isu penstrukturan semula industri air Selangor dibangkitkan.
“Iskandar mengkritik sesetengah AJK Pas pusat yang didakwanya tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya berkaitan isu tersebut.
“Pesuruhjaya Pas Selangor cuba memberi penjelasan berkenaan dengan isu air Selangor itu, namun penjelasannya kurang memuaskan hingga mengundang ketidakpuasan hati, syak wasangka mengenai wang tawaran yang dihebohkan sebelum ini,” dedahnya.
Tambah sumber itu, sesetengah AJK Pas pusat itu percaya Iskandar turut sama terlibat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tanpa pengetahuan Presiden Pas.
“AJK Pas pusat percaya Iskandar turut sama-sama terlibat dengan MB Azmin Ali dalam soal habuan dan kepentingan lain.
“Perang mulut sesama sendiri dalam mesyuarat tersebut tidak dapat dielakkan sehinggakan mesyuarat terpaksa dihentikan,”dedahnya.
AIDCNews, lapor Malaysia Today, turut diberitahu bahawa mesyuarat AJK Pas Pusat itu turut membincangkan tentang masa depan kerjasama politik Pas dan PKR di Selangor.
“Soal kerjasama Pas dengan PKR di Selangor masih dalam penelitian sama ada perlu dipanjangkan atau diputuskan hubungan.
“Segala keputusan akan dibuat selewat-lewatnya pada Mac 2017,” dedah sumber itu lagi sebagaimana dilaporkan laman itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena